Tuesday, December 14, 2010

"Err kalau nak tunang boleh tak?" =p

Hihihi..masih teringat lagi masa first time nk mintak tunang depan papa and mama mula2 dulu.Masa tu kitorang semua tgh tgk bola dekat hall.Nak bukak mulut utk cakap pasal ni mmg goyang.Cuak ada,malu ada,excited pun ada.Pendek kata semuanya ada la.huhuhu.Now im already engaged to her.Dah nak kawen dah pun.Lagi 3 bulan je lagi =D.Ahaa lupa nk citer.Masa nk cakap kat mama papa tu,sy ada rekod perbualan kami secara senyap2.Mmg kelakar.Tergagap2 =p.So enjoy some of the conversation peeps!turn your speaker on.hehehe =D



.Anan Adli.

weekend updates

Hujung minggu kali ni, kami tak sempat nak buat banyak kerja kahwin, ekoran Anan Adli kerja. Kesian dia, lebih 24jam agaknya dia tak tidur. Saya yang kat rumah ni pun tak senang duduk. Tambah2 pulak bila dia call, kedengaran suara dia agak serak dan hampir2 tiada suara. Walau susah hati macam mana pun saya, apakan daya dia hanya menjalankan kewajipan untuk kerja.

Tapi masa yang ada, takkan terbiar begitu saja, kami masih sempat bertandang ke Jalan TAR. Hasilnya, kasut dan sampin songket Terengganu idaman Anan Adli berjaya diburu. Kasut ala Arabian untuk Shah Alam’s reception, tersangatlah comel! Tengok dia pakai, lagi comel! Macam Aladdin jambu! Hahaha. Sampin idaman pula, warna pink dan biru. Comel jugak, macam ice cream paddle pop. Slurrp! =p~

Aha, lupa nak kongsi, actually kami dah ada tema untuk reception di kedua belah pihak. Untuk resepsi di Ipoh, tema English Vintage, manakala resepsi di Shah Alam, Morrocan Arabian. Hehe, tema-tema ni takde kena mengena pun dengan kami yang memang Melayu tulen ni. Saja suka-suka. Hehe. Asalnya tema English Vintage tu memang dah tersimpan lama dalam hati ni, sejak zaman dah pandai gatai nak kahwin lagi, hehe. Tapi tema Morrocan Arabian tu idea kami berdua, tiba-tiba je terlintas di fikiran, terus sama2 google buat research, okey cool, approved!

Sebenarnya, ada satu cerita yang ingin saya kongsi di sini. Baju resepsi saya untuk kenduri di Shah Alam, belum ada lagi. Baru-baru ini, saya ada lah jumpa satu fashion designer ni, hasil kerja tangan dia memang cantik. Saya suka. Bila bincang2 harga, okey harganya within our budget lah. So day by day, kami pun struggle lah buat research pasal design baju. Tambah design org ni, tambah sikit design org tu, tambah sikit design sendiri. Sampailah malam tadi, tergerak nak contact fashion designer tu, asalnya nak tanya bila dia available for meeting. Tapi sembang punya sembang, dia dah tukar harga pulak, bukannya sikit. Dua kali ganda dengan harga yang dulu tu. Alasan dia, orang yang bagitau harga tu budak baru kerja, so dia bagi info salah. Hmmm.

Okey, saya tak salahkan dia. Tapi, hati ni macam disiat-siat rasanya. Kecewa, hancur luluh, semua ada. Dan entah kenapa sejak kebelakangan ni, cepat betul sensitif. Air mata dah bergenang sambil cerita kat Anan Adli, lepas tu, uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Adoi lah, kenapalah Elin oi, bukannya ada rugi apa-apa pun. Entah kenapa, cepat betul nak menangis. Haihhh, kuatlah sikit Elin. =)

Nasib baiklah si pemujuk hati dengan machonya bersabar melayan kerenah saya. Kini saya tidak lagi bersedih. Bersedia untuk kembali memburu orang-orang yang mempunyai sentuhan cantik, yang bakal bekerjasama merealisasikan baju kahwin saya. Aja aja fighting! =D

.redzlin hasyim.

Saturday, December 11, 2010

Fly Me To The Moon by Jason Mraz

Definitely would be on our wedding song list! =D

3 months left

111210, tepat 3 bulan lagi ke tarikh akad nikah saya dan Anan Adli. Macam2 bermain di fikiran, macam2 rancangan yang belum terlaksana, dan macam2 juga lemak yang ada dalam perut ni, hehe. Bila saya nak kurus? Ya itu yang menjadi persoalannya sekarang, hihihi.

Tadi, baru saja terima panggilan dari Anan Adli, wish happy monthsary. Genap setahun 6 bulan hubungan kami. Setiap bulan, hari yang ke-11, dia selalunya yang ucap selamat ulangbulan.
Bukan saya lupa, sebenarnya saya tak biasa. Tak pernah terima layanan seperti ini. Tak pernah sambut ulangbulan. Tak pernah ambik kisah. Tak pernah itu, tak pernah ini. Tapi dengan Anan Adli, dia buat segalanya indah, dia buat angan-angan saya jadi kenyataan, dia buat saya rasa istimewa. =) Okey, sila lah muntah kalau anda jelik dengan kata-kata saya. Sapa suruh baca? Hihihi.

Aha, kerja-kerja kahwin weekend ni, semua diposponed ke hari Ahad, sebabnya Anan Adli kerja. Dan di ketika ini pun dia masih bekerja, masih di client’s site. Kesian baby saya.. =( Dan bila tertangguh, makanya Ahad kami akan padat dengan marathon kerja kahwin. Huhu. Secepat mungkin kami ingin selesaikan kerja-kerja yang memerlukan kami lakukan bersama. Cepat selesai, cepat lah kami mulakan berpuasa dari berjumpa. Kata orang2 tua, darah manis tak elok dekat2 selalu, biar jarang jumpa, biar rindu. =)

.redzlin hasyim.


malas nak ambik kamera, snap guna hp je lah, blur. tapi terang2 nampak banyak lagi yang belum settle! huuuu, gambatte kudasai! uyeah!

Wednesday, December 8, 2010

hey,it's 93 days to go!



Tik tik tik,waktu berdetik. Cewaaahh mcm lagu Kotak Band pulak.huhuhu. Sedar tak sedar lagi 93 hari je lagi untuk sampai ke tarikh keramat. Hah?tarikh keramat?tarikh apa tu?haa,tarikh perkahwinan kami la.huhu. Rasa dah dekat sangat dah ni! Takut je rasa. Bukan takut sebab tak sedia ke apa,tapi takut kalau ada benda2 yang terlepas pandang. Kalau tak sedia takdelah berani nk meminang anak dara orang kan? =).Insyaallah tanggung jawab tu akan ku jaga dengan baik.

Macam2 persiapan kitorang dah buat. Tapi sebenarnya byk lagi yg kena buat. huuuu. Cuak beb! Kalau nak diikutkan,weekend jela waktu nk buat benda2 ni. Weekdays keje pulak. Balik keje je dah dekat pukul 7. Mana nak sempat kalau nk buat keje2 kawin ni. So weekend jela kami pulun habis buat keje2 kawin ni.hehehe.

So hari Isnin yg lepas,saya mengambil cuti untuk meneruskan persiapan keje2 kawin ni la. My fiance, Elin, yg juga merangkap my assistant menjadi orang yg sangat penting dalam membuat keje2 kawin ni. Segala benda akan dicatit di dalam diarinya. Dan diari tu sentiasa dibawa bersama kehulu kehilir. Nak harapkan saya catit benda2 ni susah sikit. Biasalah lelaki =p. Tapi bukan bermaksud saya lepas tangan terus.Tak. Saya ada diari saya jugak. Tapi diari tu saya letak dalam laptop. Bila bukak laptop jela saya update diari saya.huhuhu. Jadi apa yang nak dibuat utk minggu ni semua ada dalam diari Elin =)

Perkara yg pertama sekali nak dibuat ialah HIV Test. Nampak mcm senang nak buat benda ni. Tapi sebenarnya mmg melecehkan. Macam2 halangan kami tempuhi semasa nk buat test ni. Dah la kat klinik kerajaan je yang boleh buat. Tempat lain tak diterima. Mula2 kami pegi ke Klinik Kesihatan Pantai kat Pantai Dalam. Ni pun sebab di rekemen oleh ofismate saya incik Nizam. Katanya pegi walk-in je tak payah nak buat appointment. So kitorang pun pegi la. Masa pegi tu tepat2 je kul 1 pm. Elok je kuar lif,ada staff klinik tu ckp "dik,klinik tutup.Datang balik kul 2 ye".Aikkk,klinik pun ade masa rehat ke?Ingatkan ada shift. Rupanya klinik kerajaan ada waktu rehat lunch. Cindah betul!hahaha. So kami pun turun la balik. Alang2 nak tunggu pukul 2,kami pun makan la dulu kat bawah.

Kitorang decide nak naik balik ke klinik tu kul 1.40. Biar tunggu awal sikit sbb takut nnt ramai org pulak. Then masa naik tu ada la sorang je yg tgh tunggu. Masa tu pintu kaca klinik tutup lagi. Tepat je kul 2,ada akak dari dalam klinik tu bukak pintu. Bukak punya bukak,sekali pintu tu rosak daaa. Tak boleh bukak.hahaha. Yapedaaa. Akak tu jerit dari dalam "encik,masuk dari pintu belakang!". Kami pun cepat2 la masuk ikut pintu belakang. Pastu bila dah masuk dalam, saya pun tanya la akak tu."Kak,saya nak buat HIV Test ni. Kena buat appointment dulu ke kak?" tanya saya. Akak tu pun jawab "aah dik,awak kena buat appointment dulu. Awak dah buat appointment ke?". Alamak,kena buat appointment dulu ke.."Eh,kena buat appointment ke?kawan saya cakap tak payah buat. Boleh walk in je".Akak tu pun balas "Kami dah lama tak buat walk-in.Kalau nak buat next appointment ialah 15/12/2010. Awak boleh call kami untuk buat appointment. Awak amik leaflet hijau kat blakang tu. Kat situ ada no telefon. Saya pun balas dalam hati "Wakluu la weiii".wakakakaka.

Kami pun keluar dari klinik tu dengan perasaan hampa.Dah la kena tunggu sejam time lunch hour tadi. Pastu takleh buat pulak. Pastu kami decide nak pegi klinik kesihatan kat Seksyen 7 Shah Alam. Masa tu nama Palie muncul dalam pemikiran kitorang sbb akak dia keje kat situ. So Elin pun call la Palie tanya no tel akak dia. Then Elin call akak Palie. Akak Palie cakap tak payah buat appointment kat sini. Boleh datang walk in je. Cantiklahhh! Kami pun cepat2 serbu ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Sampai sana tgk ramai org kat situ. Parking pun sampai ke jalan besar. Alhamdulillah kitorang dapat parking kat dalam. Dah dapat parking cepat2 masuk dalam. Masa tu dah pukul 2.45 pm. Saya pun tanya lah kat kaunter tu. Akak tu cakap kena buat appointment jugak. Adoiyaiiii. Ingatkan boleh walk in je! Tapi akak tu ckp kalau nk buat hari ni pun boleh. Tak payah appointment. Tapiiiiiiii,borang tu dah takdelah dik. Adoiyaiii skali lagi.hahahaha. Then baru teringat. Sebelum ni ada bukak website JAIS. Dalam tu cakap boleh amik borang HIV Test kat Pejabat Agama Islam Daerah. Saya pun tanyalah akak tadi last amik test pukul berapa. Dia cakap last pukul 3.30 pm. Kami pun sekali lagi bergegas ke pejabat JAIS pulak.

Sampai JAIS,dah kul 3. Ada lagi 30 minit je lagi sebelum klinik tutup. Masa tu Elin tak turun. So saya jela yang masuk ke pejabat JAIS. Masa keluar kete tu sempat Elin mengeluarkan kata2 semangat. "Good luck baby!". =D Dengan berbekalkan kata2 semangat tu,saya pun berlari masuk ke pejabat JAIS.Kat kaunter tu ada 2 org staff yg jaga. Saya pun citer la saya nk buat HIV Test utk kawin. Tadi saya dah pegi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Tapi borang pulak dah habis. So saya pun terus ke sini la sbb saya ada terbaca di website JAIS yang kita boleh mengambil borang di JAIS. Akak tu pun terangkan yang diorang dah tak buat macam tu dah. Semua borang sudah dihantar ke klinik kerajaan. Kena ambik kat situ je. Hanya Allah jela yg tau betapa hampa perasaan saya ketika tu. Mana taknya, penat je amik cuti semata2 nk settlekan pasal HIV Test ni. Saya punya lah save cuti utk kawin tahun depan. Tengok2 tak dapat buat jugak. Tgk jam dah kul 3.20. Memang hampa dan kecewa la. Masa on the way nak ke kete, Elin mesej."How's everything baby?".wuuu sedihnya nak reply. Masa half way nak sampai kete, saya patah balik masuk pejabat JAIS. Saya tak berputus asa. Mana tau ada tuah ke kan.hehe. Saya pun tanya la kat pakcik guard pulak. Last2 pakcik tu pun cakap kena amik borang tu kat mana2 klinik kerajaan. Adik boleh pegi kat Subang Jaya atau pun PJ. Mmg tak sempat la pakcik oii nak gi sana.huuu..

Masuk kete je saya cakap kat Elin,"Baby,today is not our day.Borang kena amik kat klinik jugak". Kami rasa ralat sungguh tak dapat buat HIV Test hari ni.Dah la klinik kerajaan bukak weekdays je. Kitorang pulak free hari ni je. Dengan perasaan hampa,saya drive kete slow2. Terdetik nak call papa tanya kat mana ada lagi klinik kesihatan kat Shah Alam ni selain kat Seksyen 7 tu. Pa cakap mana ada 2 klinik kerajaan dalam satu daerah. Yang paling dekat pun kat Kelang. Tak sampai Kelang lagi la. On the way to Kelang ada satu klinik kerajaan. Mula2 tu dah give up dah. Rasa malas lah nk pegi. Ni mesti tak sempat kalau nk pegi pun.

Last2 saya tanya Elin,"Baby,jom kita pegi je klinik kat Kelang tu nak?kalau ada,ada la". Elin pun setuju. Jadi kami pun bergegas ke Kelang. Sampai2 klinik je,saya suruh Elin masuk dulu. Takut tak sempat kan. Kalau ada apa2 msg ye. Saya pun cari la parking. Kete pun byk. Nak dijadikan citer,ada satu parking kosong. So saya pun park la kete kat situ. Pastu saya pun terus masuk dlm klinik. Ramai orang kat situ. Saya tercari2 Elin. Tak nampak pun dia. Tiba2 dapat call dari Elin. Dia tanya saya dah dapat parking ke. Bunyi nada suara tu mcm hampa je. Sebab cakap perlahan je. "Saya dah dapat parking dah baby.Baby kat mana tu?" Pastu dia pun suruh saya masuk bilik hujung sekali. Bilik no 14. Rupa2nya boleh buat test kat sini. Boleh walk in. Ya Allah!Betapa gembiranya saya bila boleh buat HIV Test kat sini. Syukur sangat2 pada Mu ya Allah!Tak sia2 je kitorang tak putus asa. Lari sana lari sini. Rupa2nya Allah saja nak uji kita. Nak tengok sejauh mana kesabaran kita =)

Akhirnya kitorang dapat jugak buat HIV Test di saat2 akhir. Selamat la klinik tu tutup kul 4.30. Syukur sangat2 !=D

So beberapa pengajaran boleh dan tips boleh diambil dari kisah ni:

1. Buat appointment dengan klinik kerajaan dahulu sebelum pegi. Kalau boleh seminggu sebelum tarikh tu. Takut full je.

2. Pegi pukul 2 petang ke atas. Sebab test tu hanya dijalankan lepas kul 2 sahaja. Waktu nya pun terlalu singkat.

3. Klinik kerajaan ada lunch hour break. Jangan datang kul 1-2 ptg. Kalau tak korang kena la gi makan dulu.hehehe.

4. Waktu HIV Test berbeza dengan setiap klinik2 kerajaan yang lain. Ada yang kul 2pm-3.30pm,ada yg 2pm-4.30pm

5. Kalau tanak buat appointment,korang boleh la ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda,Kelang. Situ boleh walk in je. Tapi sebaik2nya buat appointment jgk. Takut2 masa tu dah tak buat walk in dah.hehehe

6. Banyakkan bersabar. Jgn cepat putus asa.

7. Support each other. U jump i jump.wakakaka =p

Anan Adli

Wednesday, December 1, 2010

Untuk Mama


Hari ini hari lahir Mama saya,
Ulang tahun yang ke lima puluh lapan,
Umur yang selalu saja buat orang tak percaya,
Mama cantik sentiasa, harap2 ianya keturunan.
Hehe.

Anak perempuan sorang saja,
Mama selalu komplen rasa macam ada sepuluh,
Ada-ada saja permintaan mengada saya,
Tapi tiada satu pun yang buat hati ku luluh.

Saat saya menangis hati terluka,
Mama pujuk sampai segalanya reda,
Terima kasih yang tak terhingga,
Sesungguhnya mustajab doa Mama.

Selamat Hari Lahir, Mama. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. I owe you one birthday kiss, but please ask Abah to kiss you for me. I love you Mama and Abah!
=D

.redzlin hasyim.

Tuesday, November 23, 2010

getting closer to the Big Day

Dah lama tak membebel secara bertulis kat sini, almaklumlah dah ada orang yang sudi nak mendengar, tapi dia bukan dengar je ye, sebab kadang-kadang dia melawan bebel jugak. Hehehe. Kini hari-hari yang saya dan dia lalui sentiasa penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Dah tak macam dulu dah, asal ada masa free, mesti nak lepak2, tengok wayang lah, dan apa saja aktiviti yang lagho, hehe.

Sekarang ni kami ke hulu ke hilir dgn our ‘buku kawin2’ dan kalkulator, hehe. Bukan apa, risau kalau2 ada yang tercicir kan, so bila ada apa2 je yang terlintas kat kepala, cepat2 tulis kat buku kawin2 ni. Sama jugak dengan kalkulator, sebab kadang2 terlintas idea, so kenalah buat kira-kira budget jugak kan, biar sederhana, jangan merana. Itu lah moto hidup kami yang selagi boleh akan dikekalkan sehingga kami dah dapat lesen sah untuk hidup berdua nanti. Insya Allah. =)

Kini, lebih kurang 3 bulan saja lagi ke hari bahagia kami. Rasanya setiap masa rasa cuak dan gelabah ayam. Macam-macam yang bermain di fikiran, itu belum lagi campur hal macam-macam lemak yang terkumpul ni, bila aku nak kurus wei!!! Hahaha.. Taaaaaaaapi, sesungguhnya setiap saat saya sentiasa rasa bersyukur kerana Allah kurniakan satu anugerah yang tak ternilai harganya, tak tertanding jasanya, tak terkira kasih sayangnya. Mama dan Abah. =) Mama dan Abah banyak membantu dalam kerja-kerja kahwin, antaranya yang paling2 buat saya terharu, handmade doorgift for guest. Jangan terkejut, doorgift pun DIY tau, hehe. Tapi takde la totally handmade, kira-kira 70%. Dan yang bestnya, kami satu family ramai-ramai turun padang buat doorgift sama-sama. Terima kasih sangat2 untuk para ahli keluarga saya, you guys rock! DIY ni bukan saja save budget, malah puas hati dapat hadiahkan hasil kerja tangan sendiri untuk para tetamu. Buat kenang-kenangan dari kami. =D

Esok, Mama dan Papa tunangan saya pulang dari tanah suci, Mekah. Tadi sempat fb chat dengan Uncle yang dapat online sekejap dari Jeddah, really2 good to hear news from them. Syukur, Alhamdulilah ibadat haji dah selesai. Tak sabar nak dengar cerita pengalaman diaorg kat sana. Mak Njang dan Pak Njang saya pun ke tanah suci, tapi dijadualkan pulang ke tanah air awal bulan 12 nanti. Nanti boleh dengar cerita versi diaorg pulak, excitednya! =D

Okeylah, sampai sini saja buat masa ni. Nanti saya cerita lagi ye! Kiss kiss! <3
p/s : Buat Anan Adli, saya saaaaaaaaaaaayang awak! =D

.redzlin hasyim.


Meet the 'buku kawin2', mesin kira-kira dan pena merah jambu. =D


The making of our wedding doorgift! Kena censored, kang tak surprise! =p

Friday, August 27, 2010

Kerja kahwin : Episode 2

It's like an ages tak menulis blog ni.huhuh.Sekarang ni dah nak masuk bulan September.Ada lagi lebih kurang 6 bulan je lagi sebelum our big day.Macam² perasaan ada.Excited,happy,tak sabar,nervous.You name it.Semua ada.huhuhu.

Haa kalau ikutkan title blog kali ni ialah Kerja kahwin:Episode 2.Mana episode 1?hehe.Actually episode 1 haritu dah berjalan. Cuma tak sempat nak share kt blog je.Dalam episode 1 tu kitorang dah beli few things utk hantaran.Setakat ni saya dah beli 2 dulang utk cik Elin yg tersayang.Elin pulak dah beli satu dulang.Kita beli sikit² sebab takdela terasa beban beli sekali gus nanti.Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".hehehe.Apa yg kitorang beli tu biarlah rahsia dulu.Nanti tak suprise pulak kan =p

Bila dah start buat keje² ni,terasa mcm dah dekat sgt hari kenduri.6 bulan tu tak lama.Pejam celik je dah sampai.Sama la macam keje kat Jakarta haritu.Tau² dah 6 bulan.huhuhu.Alhamdulillah,bila duit hantaran and mas kahwin dah cukup,terasa lega sgt.Cepat² asingkan and put it in ASB.Nanti takdela terguna duit tu =)

Ok harini kitorang nk survey barang2 utk door gift pulak.Ada la survey² dalam internet.Ada satu blogger ni dia ade buat warehouse sale utk barang2 dalam blog dia harini.So we take this opportunity to survey or buy from her.Ada discount pulak tu.Harap² ada yg berkenan dan within our budget la.huhuhu.

After solat Jumaat we'll be going to Pameran Kerja2 Kahwin kat Jalan Conlay,KL.Kat mana tu ek?kene tanya pakcik google lah nk tau map dia.huhuhu.Rasa² mcm dah abis dah pameran ni.Tapi elin ckp smlm dia dengar kat radio nak lanjutkan lagi.So pegi jelah =).Survey² apa yg menarik kat situ.Dah kene start survey benda² ni jgk.Takut last minit nanti semua fully booked.Hancusss semuanya.huhuhu.

Sekarang ni tengah tunggu elin datang Shah Alam.The warehouse sale is in Shah Alam.To be exact Bukit Jelutong.Okeylah guys,cukup utk kali ni.Nantikan episode yg seterusnya =D

Wassalam..

-Anan Adli-

Wednesday, April 21, 2010

ceritera dari icon-icon




Ini kisah hidup saya :

1. Saya mempunyai mata yg kecil tetapi tunang saya memiliki mata yg besar dan cantik. Giginya juga sangat cantik.

2.Kami suka makan.Kali pertama berjumpa dengan dia pun masa tengah lunch kt restoran.Saya tertarik dengan mata dan senyumannya. Tetapi sejak hari itu,saya tidak lagi bertemu dengan dia.

3. Sehinggalah suatu hari,saya terjumpa dia dalam facebook.Dan bermula dari situlah saya cuba dekat dengan dia.

4. Sampailah satu hari di mana kami bertemu dan makan di sebuah kedai bersama kazennya.Dia memiliki sebuah kelisa pink manakala saya memiliki sebuah myvi tampal2.

5. Lama kelamaan kami jatuh cinta dan menjadi sepasang kekasih.

6. Dan Alhamdulillah,kini kami telah bertunang dan insyaallah tahun depan kami akan mendirikan rumah tangga =)

7. Saya tidak sabar untuk menambah ceritera kisah hidup saya pada masa akan datang =)

With love,
.anan adli.

Friday, March 19, 2010

terima kasih cinta

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi dan air mata yang bergenang, saya ingin berterima kasih yang tak terhingga, kepada sesiapa sahaja yang meniti hari bersama saya dalam menuju hari pertunangan saya dengan Anan Adli. Terima kasih yang tak terhingga untuk bantuan yang dihulur, sokongan pemberi semangat, serta doa yang baik-baik tiada jemunya. Terima kasih.


Terima kasih Mama dan Abah, cinta hati saya. Jika tiada restu dari kalian, pastinya semua ini tidak akan berjalan. Terima kasih Mama dan Abah, untuk restu di atas lelaki pilihan saya merangkap lelaki pertama yang saya reveal sebagai steady boyfriend, setelah sekian lama mengsinglekan diri. Hehe. Terima kasih Mama dan Abah yang bertungkus-lumus, bertunggang-terbalik, bersengkang mata semata-mata ingin memastikan majlis pertunangan ini berjalan lancar. Almaklumlah, ini merupakan majlis pertunangan yang pertama dijalankan di rumah ini, ye lah saya kan anak dara tunggal Azizah dan Rahman. Melainkan ada orang nak meminang satu-satunya abang saya yang belum kahwin, Abang Elan saya. Hehehe, ops dia sudah berpunya ya, coming soon la tu. Insya Allah. =) Dan sebenarnya, majlis pertunangan ini bukan saja berjalan lancar, malah lebih dari sempurna. Syukur, Alhamdulilah.. Terima kasih Mama dan Abah. I love you so much, and I always will. =)


Terima kasih Abang-Abang dan Kakak-kakak saya yang sudi pinjamkan masa kalian untuk saya, bukan saja menghulurkan tangan dalam membuat kerja-kerja, malah kaki juga kerana menemani saya ke sana sini dan pastinya bantuan perut juga, merasa masakan saya, segala kek, cupcake dan puding. Memberi komen yang bisa buat segala penat lelah saya hilang sekelip mata, asal masuk mulut je, sedappp.. Hehehe. Kembang hidung please,hihi. Terima kasih semua. =) Dan tak lupa juga, anak buah-buahan saya yang super comel dan buas tak terkawal lagi, hahaha. Terima kasih sebab kacau Tutu buat kerja dan menjadi penghibur dengan telatah comel dan kelakar kalian. Sayanggggggg Abang, Kakak, Elan, Kak Ngah, Enal, Acik, Aniq dan Ain!


Terima kasih untuk Pakcik dan Makcik saudara yang beramai-ramai turun ke Ipoh meraikan hari pertunangan ini. Bukan setakat meraikan, malah membantu dalam kerja-kerja di belakang tabir seterusnya menjadikan majlis ini amat sempurna dengan makanan yang sedap-sedap belaka dan ternyata majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Tak lupa juga yang tak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, semoga kita jumpa nanti ya, insya Allah. Soulmate saya cik Dada pun tak dapat hadir, ekoran tak dapat cuti. Kecewanya hati hanya tuhan yang tahu, sebab dari kecil kami berkongsi tangis dan tawa bersama. Tapi tak mengapa, adalah hikmahnya Tuhan rancang untuk kita kan. I love you and much love from me for everyone!


Terima kasih juga untuk jiran tercinta, Cik Nan dan Cik Tun tersayang dan seisi keluarga. Banyak sangat membantu, terharu sangat-sangat ni. Terima kasih untuk dua orang gadis cantik saya, Aleen dan Leesa, kerana menjadi pengapit dan berkongsi gabra dan cuak bersama saya. Dan tidak lupa juga jiran tetangga lain yang turut serta menjayakan majlis ini. You guys really rock my world! I love you guys! *sambil kesat air mata*


Setinggi-tinggi terima kasih untuk keluarga Anan Adli, khususnya Aunty Ana dan Uncle Adanan, yang sudi menerima saya seadanya, jauh-jauh datang ke Ipoh merisik saya dan akhirnya meminang saya untuk encik Angah Anan Adli. Bak kata Aunty Ana, dah booking Elin untuk Angah, hehe, dan semoga selepas booking ni, ia akan disempurnakan dengan akad nikah pada 11 Mac 2011, seperti tarikh yang disebut dan dipersetujui ketika aktiviti pinang meminang dulu. Insya Allah, semoga Allah merestui dan memakbulkan rancangan kita, Amin. Dan di kesempatan ini, saya ingin melahirkan rasa bangga dan kembang di hati kerana Nenek Mah turut serta ke Ipoh dan menyarung cincin pertunangan ke jari saya. Dan Aunty Ana dengan sportingnya, melakukan lakonan semula menyarung cincin ke jari saya dan photoshoot bersama Mr. Photographer of the day, Along Anan Amri. So sweet. =) Dan Along, thank you for the beautiful pictures. Love it so much! Sekali lagi, terima kasih untuk seisi rombongan yang ternyata amatlah sporting dan mesra, membuat saya rasa amat selesa dan hilang terus segala cuak dan gabra. Hehe. Terima Kasih. =)


Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang hadir. Kedatangan anda semua amatlah saya hargai dan terharu sangat. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu meraikan hari istimewa saya, yang datang dgn sporting ikut kaler tema, tak lupa juga kawan-kawan yang kacak sekali berpakaian serba hitam tapi tetap jambu dengan bunga ros pink di dada, hehe. Terima kasih! Dan kepada yang tidak dapat hadir, terima kasih untuk ucapan dan doa yang tidak putus-putus dari kalian, terima kasih juga untuk sahabat yang mendesign dress tunang saya. Sila kembang hidung kerana ramai yang memuji tau. Hehe. Dan saya tau saya tak perlu sebut nama-nama di sini, kerana you know who you are and you know I love you. I do appreciate it so much. =)


Dan ternyata coretan ini belum berakhir, kerana saya ingin berterima kasih kepada Anan Mohamad Adli Adanan, lelaki yang sudah pun bergelar tunangan saya. Terima kasih kerana dalam berjuta perempuan dalam dunia ini, awak pilih saya. Awak layan saya baik sangat. Awak bukan saja curi hati saya, awak curi hati seisi keluarga saya. Semua orang sayang awak. Haish, sebak lak saya rasa. Tu je lah saya nak cakap, selebihnya nanti saya sms awak lah, boleh gitu? Hihi. I love you, and everyday I keep on falling in love with you. Semoga Allah memberkati hubungan kita hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat. Amin.


much love from me :
.redzlin hasyim.

Friday, February 12, 2010

roadtour kedai kain : Day 2

11 February 2010

Hari ini, saya dan Mama menyerang kedai kain di Jalan TAR. Rasa nak tercabut kaki ni berjalan, ditambah dengan cuaca yang panas terik, tapi itu semua terubat bila tiba di Jakel Textile. Dalam beribu kain disitu, hanya satu telah berjaya menambat hati saya. Walau disogok dengan kain-kain yang bermacam patern oleh seorang kakak pelayan di situ, mata saya tetap jatuh di atas kain yang comel designnya, manis sekali warnanya itu. Dalam timbunan kain yg disuggest kepada saya, Mama capai kain idaman saya lalu berkata, “Elin kalau dah berkenan, yang tu saja la yang dia tengok, tengok hat lain tak dak hati dah”. Ya, wanita paling hebat dalam dunia ini, memahami saya dengan ajaibnya. =)

Tapi kain tu agak mahal harganya, ekoran kain tu ada one piece saja, tak seperti kain-kain lain yang bergulung2 banyak di situ. Kain idaman ni datang siap berukuran 4.5meter. Bak kata kakak itu, exclusively satu, tiada duanya. Setelah membrain-wash diri sendiri, saya usulkan cadangan pada mama untuk meneruskan survey di kedai lain, manalah tahu, ada kain yang bisa mengubat hati saya dan affordable serta reasonable harganya.

Kami dua beranak pun melangkah ke lift, tiba-tiba seorang kakak menarik lengan Mama. Memujuk Mama kembali ke tempat kain tadi. Mama bisik di telinga saya, “Orang ni anak tokey…”. Ohhh,cantik orangnya, rasa nak pinjam hidung dia. Kakak cantik tu bertanya kepada kakak yang melayan kami tadi, kain mana yang kami berkenan. Lalu, dia bertanya kepada mama, “Are you not happy with the price?”. Mama tersenyum lalu point kepada saya, “Asked her..its for her akad nikah”. Kakak cantik tu bertanya kepada saya, “Adik suka kain ni?”. Saya hanya mengukir senyuman, mungkin manis, mungkin juga senyuman paling buruk. Hahaha.

Dan bermulalah aktiviti tawar menawar harga, dan sehinggalah harga yang ditawarkan sudah pun berada dalam budget saya. Ehh tak, bukan budget saya, budget encik sayang saya sebenarnya, duit yang telah dibank-in ke account saya. Tapi pada masa yang sama, saya bersms dengan encik sayang, update news pasal kain, macam biasa, si dia sudah berkira-kira mahu topup budget untuk beli kain. Saya halang, jangan sayang, sabar dulu. Dan berkat usaha dan kesabaran saya serta mungkin aksi manja memujuk kakak cantik itu, sehingga harga yang ditawarkan, sangat memuaskan hati saya. =)

Dan terima kasih untuk encik sayang saya juga, selalu saja ingin ‘made my dream come true’ kan. Baby ni… Biarlah saya berusaha sikit untuk dapatkan apa yang saya idamkan, gunakan mulut potpet saya ni sebaiknya dalam tawar-menawar serta memujuk rayu si kakak cantik. Hehe.

Alhamdulilah, syukur, yang diidamkan telah selamat menjadi milik saya. Selesai sudah satu dulang untuk hantaran tunang nanti, kain akad nikah kita. Complete set, kain untuk baju saya dan kain untuk baju melayu encik sayang sekali. Lepas ni, kita shopping barang-barang untuk deco dulang hantaran ye. Buat sendiri je, bergabung tenaga dengan Mama. Lebih puas hati dan pastinya lebih jimat. Tak sabarnye! =D


having breakfast with mama saya yang cantik




Thursday, February 11, 2010

roadtour kedai kain




10 February 2010.

1. Kerja half day, bos mau shopping for CNY. Seronok. Tapi lagi seronok kalau bos bawak saya shopping sekali. Hihi. =p

2. Shoot to KL Sentral, ambil Mama baru sampai dari Ipoh. Dari jauh nampak mama senyum melihat saya. Seperti biasa saya melambai sambil menggedik. Yaa, semua orang tengok. Peduli apa, wajah kesayangan saya sudah berada di depan mata. =)

3. Shoot ke Shah Alam, ke SACC Mall, menyerang Gulatis.

4. Mula-mula tengok kain untuk baju tunang, design dah ada, kain yg dibayangkan sudah di kepala, so mata meliar mencari. Ahaa, dapat!

5. Setelah diletakkan di badan, posing2 perasan di depan cermin. Okey, hati sudah terpaut.
Saya : Err akak, untuk tubuh saya yang empuk ni, nak amik kain berape ela ye?
Kakak Gulatis : Dik, org dah tak pakai ela skrg ni, org pakai meter, 4 meter cukup utk adik yg montel rase nak picit2 ni.
Saya :Suke hati saya la akak, saya minat ella, saya guna la istilah ela lagi. Akak nak gaduh ke? Akak selambe nak picit2 saya. Akak nak kene tumbuk dgn saya ke?
Yaaa, conversation tu adalah dongeng semata-mata. Padahal pekerja-pekerja Gulatis di situ, baik dan ramah belaka. Okey, kain untuk baju tunang, checked! =D

6. Usha lak kain untuk akad nikah, yang akan dijadikan barang hantaran semasa hari pertunangan nanti.

7. Plan saya dan my sayang Anan Adli, light pink colour untuk akad nikah. Dalam banyak2, ada satu je yang melekat di hati saya. Dan pekerja Gulatis bagaikan seorang bomoh, telah melekat dan melilit kain tersebut di badan saya. Keadaannya seperti gambar-gambar yang tertera. Dan tiba-tiba saya rasa mcm nak pakai sari je masa akad nikah nanti, takyah tempah buat baju dah. Tapi kang, tok kadi semput lak tengok saya. Hihihi.

8. Akhirnya, saya membuat keputusan, masa masih panjang, Mama pun masih lama melepak di sini bersama saya, oleh itu esok kita sambung mission kat Jalan TAR pulak. Wah, sama naik saya dengan bos saya ni, tak nak kalah okey. Dia shopping CNY dan saya shopping for engagement. Terima kasih bos. Ang pau tarak meh? Hehe.

9. Aktiviti shopping anak-beranak ini meleret ke PKNS, tapi sah2 lah ia tiada dalam agenda sebenarnya. Dan segala baju yang diborong juga tiada dalam list. Hihi.

10. Okey Elin, pergi tidur sekarang, esok nak bekerja keras. Dan kaki, esok tak boleh melawa ye, pakai selipar sudah. Hehe.

Untuk bakal perisik saya hari Isnin nanti, my sayang Anan Adli, saat ini tarikh sudah bertukar. 11 February, genap 8 bulan saya bergelar kekasih hati awak. Awak buatkan hari-hari saya indah, seindah bunga sakura, walaupun saya tak pernah tengok pun bunga sakura. Haih, saya tak tau kenapa asyik2 bunga sakura. Saya rasa saya mengidam nak pergi honeymoon kat Jepun ni. Wah, saya dah berjangkit dengan acik saya yang sedang mengandung ni, symptom mengidam2. Hihihihi. Okey till then. Chow.

.redzlin hasyim.

Sunday, February 7, 2010

From Strangers to Lovers

7 Feb 2010, hari ini genaplah setahun di mana pertama kali nya saya terjumpa dengan seorang gadis yang comel, yang dulu nya seorang stranger dalam hidup saya, sekarang ini telah menjadi kekasih hati saya. Memang sukar untuk dipercayai. Tetapi itulah yang dinamakan dengan jodoh =)

Terasa cepat benar masa berlalu kan. Tup tap tup tap, dah masuk setahun kami terserempak. Masih segar dalam ingatan saya. Ketika itu saya hendak lunch di sebuah restoran di seksyen 8. Kedai Soto namanya (dapat free advertisement ni) huhu. Saya sengaja duduk di depan meja awek tu. Supaya sambil makan sy boleh curi2 usha die. Tapi tak tahu la die usha saya ke tak.huhu.

Dipendekkan cerita, gadis comel yang saya nampak tahun lepas di kedai makan tu, telah menjadi buah hati saya. Terima kasih kepada teknologi ataupun lebih tepat, Facebook. Sesuai dengan motto nya, Facebook connecting us =). Tetapi perlu diingatkan, harus berhati2 dalam mencari kawan yang kita tak kenali di internet. Kita taktau orang yang kita tak kenal tu baik atau tak. Tetapi saya bersyukur sangat sbb Allah temukan saya dengan seorang gadis yang baik. Yang masuk dengan jiwa saya. Now im ready to take the next step in my life =). Seronoknyee!

Semoga apa yang dirancang, dipermudahkan dan terlaksana dengan sempurna. InsyaAllah. Amin =).Untuk Redzlin Hasyim, saya sayang awak sangat2. Baby, kita kuat kan? =)

With love,
Anan Adli

Friday, February 5, 2010

diary of love

Lama saya tak menulis kan, lately saya busy dengan kerja, busy dengan practical report dan yang buat bertambah busy, busy dengan planning for my pre-big day, my engagement day.
Almost every night, lepas dinner, saya mesti mengadap laptop, ym dengan si dia yang tersayang. Kami berbicara, berbincang dan berangan bersama. Daripada barang hantaran untuk tunang, design cincin tunang, sampailah ke guest list, dan jangan tak percaya, design untuk baju tunang pun si dia sumbangkan idea.
Semua kami buat sama-sama, tapi secara virtual lah. Apakan daya, kami jauh, syukurlah kepada teknologi yang ada, kami rasa kami dekat, langsung tak terasa jauh. Tapi malam ni, conversation kami tersasar dari topik asal, kami sama-sama terbang ke masa silam, di saat kali pertama kami bertentang mata.

Fasa 1
-Bertemu di kedai makan, konon-konon tak pandang, padahal dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa hipokritnya dua insan ini, hahaha. Dan percaya atau tidak, tarikh hari itu masih tersemat di kepala, 7 Februari 2009. =)

-Seterusnya masih lagi bertemu di kedai makan, tapi tempat yang berlainan. Tapi kali ini, si dia saja yang perasan kehadiran saya, iyalah faktor saya berkereta pink kan, dah tu melepak pulak kat port student MSU, hehe.

-Si dia telah menggunakan Facebook dengan bijaknya apabila mencari saya di MSU group, dan mungkin sudah tertulis, kami berjumpa lagi, tapi kini di alam maya. =) Walaupun jarak masa agak lama dari tarikh kami bertemu buat pertama kali dulu, ternyata memori di kedai makan itu masih segar di fikiran saya. Agak menakjubkan, kerana saya pelupa orangnya, hehe. Akhirnya kami berkenalan secara serius. =)


Fasa 2
-Bunga-bunga cinta mula menunjukkan diri, tapi masih lagi malu-malu, hehe. Si dia mula menunjukkan effort2 yang bisa mencairkan hati saya. Walaupun saya agak kasar orangnya, tapi bila dengan kuasa cinta yang kuat, hilang juga macho yang saya cuba pertahankan selama ini.

-Sudahnya, Redzlin Hasyim yang konon-konon rock kapak habis, telah menunjukkan dirinya yang sebenar, bak kata quote popular ketika ini, dalam hati ada taman, seindah bunga sakura segala, err saya menambah-nambah je tu. Hehe.

-Semakin hari, semakin saya terasa yang saya benar-benar sedang bercinta. Tak pernah saya rasa semua ini. Terasa disayangi, dihargai, dipuja, dijaga sebaiknya dan buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya yakin hanya saya dihatinya, wanita yang dia pilih untuk hidup bersama. Alhamdulilah. =)


Fasa 3
-Sampailah peringkat ini, kami mula berkenalan dengan keluarga masing-masing. Saya rasa, semua wanita akan berasa selamat bila diberi peluang berkenalan dengan keluarga orang yang tercinta. Dan ini adalah hubungan pertama saya yang melibatkan keluarga. =)

-Saya rasa dihargai, rasa kehadiran saya diterima, rasa saya salah seorang daripada mereka. Terima kasih. =)


Fasa 4
-Saya dilamar untuk menjadi tunangan si dia. =) Ya, tiada adegan melutut sambil pegang bunga ketika itu, saya tahu saya tak perlukan semua itu kerana dia sememangnya lelaki yang super duper sweet yang saya pernah jumpa. Air mata kesyukuran terus menitis hanya dengan melihat ayat-ayat yang disusun indah di kaca skrin laptop saya. Tak perlu berfikir panjang, tak perlu mintak masa untuk berfikir, terus saja saya menerima dengan hati yang gembira gila. =)

-Kini hari-hari kami kerap kali diisi dengan conversation yang berkisar tentang masa depan. Kami berkongsi pendapat tentang idea-idea menarik, sama-sama pegang kalkulator mengira bajet, kadang-kadang bertelagah berebutkan warna tema, itu belum kira lagi dengan barang-barang hantaran yang ada saja nak ditambah nak ditolak.

-Pengalaman paling manis, kami berpeluang untuk bersama-sama membeli engagement ring. =) Kebetulan si dia bercuti dan pulang ke Malaysia, kami pun menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Kini, cincin idaman sudah selamat dalam simpanan Mama. Saya tak dibenarkan simpan, Mama risau saya terlebih dahulu melaram dengan cincin itu sebelum tiba harinya.
Ya, you know me so well, Ma. =)

-Minggu depan, 15 Februari 2010, insya Allah tibalah rombongan merisik di kediaman Abah dan Mama saya di Ipoh. Kedatangan mereka teramatlah kami alu-alukan, terutamanya Abah dan Mama saya yang excitednya kalah kami berdua. Mungkin mereka juga rasa apa yang saya rasa, merasa yakin dengan si dia, bisa menjaga puteri tunggal mereka sebaiknya. =)

-Semoga segalanya berjalan lancar, dan pertemuan kali ini menjadi permulaan yang baik untuk kami berdua dan seisi keluarga kami serta insan-insan terpenting dalam hidup kami. Amin.







Saya juga berdoa untuk fasa seterusnya, untuk hari-hari yang mendatang, semoga Allah permudahkan jodoh kami, semoga Ayah dan Ibu merestui hubungan kami, semoga segalanya baik-baik saja. Amin. =)

.redzlin hasyim.

Thursday, February 4, 2010

blog baru daa

hehehehe =p <----ni Anan Adli yang type.

Helo, this is me, Redzlin Hasyim. Anan Adli's girl. =)
Anan dah tidur, so saya pun godek2 lah blog ni.
First time saya ada blog ni, and it just like a dream come true,
bila blog ini saya kongsi dengan insan tersayang saya.
Dulu selalu berangan-angan je, sumber inspirasinya, dulu saya selalu follow blog seorang artis Filipino, Kristine Hermosa dan kekasih hatinya, dulu lah minat sakan, sekarang tak ambik tahu pun, hihi.
Saje je suka-suka nak ada blog ni. Sebab kami sama-sama suka bercakap dan menulis. Dan diharap adanya blog ni, boleh dijadikan diari hidup kami, setiap perkara yang kami lalui bersama tak kira manis atau pahit rasanya akan disemat di sini. Dan kelak masa tua kami, blog ini bisa saja menceritakan segalanya kepada anak cucu, tentang perjalanan hidup kami berdua, yang berjanji untuk hidup bersama sehingga akhir nafas kami. Insya Allah. Amin.

.redzlin hasyim.
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();