Tuesday, November 23, 2010

getting closer to the Big Day

Dah lama tak membebel secara bertulis kat sini, almaklumlah dah ada orang yang sudi nak mendengar, tapi dia bukan dengar je ye, sebab kadang-kadang dia melawan bebel jugak. Hehehe. Kini hari-hari yang saya dan dia lalui sentiasa penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Dah tak macam dulu dah, asal ada masa free, mesti nak lepak2, tengok wayang lah, dan apa saja aktiviti yang lagho, hehe.

Sekarang ni kami ke hulu ke hilir dgn our ‘buku kawin2’ dan kalkulator, hehe. Bukan apa, risau kalau2 ada yang tercicir kan, so bila ada apa2 je yang terlintas kat kepala, cepat2 tulis kat buku kawin2 ni. Sama jugak dengan kalkulator, sebab kadang2 terlintas idea, so kenalah buat kira-kira budget jugak kan, biar sederhana, jangan merana. Itu lah moto hidup kami yang selagi boleh akan dikekalkan sehingga kami dah dapat lesen sah untuk hidup berdua nanti. Insya Allah. =)

Kini, lebih kurang 3 bulan saja lagi ke hari bahagia kami. Rasanya setiap masa rasa cuak dan gelabah ayam. Macam-macam yang bermain di fikiran, itu belum lagi campur hal macam-macam lemak yang terkumpul ni, bila aku nak kurus wei!!! Hahaha.. Taaaaaaaapi, sesungguhnya setiap saat saya sentiasa rasa bersyukur kerana Allah kurniakan satu anugerah yang tak ternilai harganya, tak tertanding jasanya, tak terkira kasih sayangnya. Mama dan Abah. =) Mama dan Abah banyak membantu dalam kerja-kerja kahwin, antaranya yang paling2 buat saya terharu, handmade doorgift for guest. Jangan terkejut, doorgift pun DIY tau, hehe. Tapi takde la totally handmade, kira-kira 70%. Dan yang bestnya, kami satu family ramai-ramai turun padang buat doorgift sama-sama. Terima kasih sangat2 untuk para ahli keluarga saya, you guys rock! DIY ni bukan saja save budget, malah puas hati dapat hadiahkan hasil kerja tangan sendiri untuk para tetamu. Buat kenang-kenangan dari kami. =D

Esok, Mama dan Papa tunangan saya pulang dari tanah suci, Mekah. Tadi sempat fb chat dengan Uncle yang dapat online sekejap dari Jeddah, really2 good to hear news from them. Syukur, Alhamdulilah ibadat haji dah selesai. Tak sabar nak dengar cerita pengalaman diaorg kat sana. Mak Njang dan Pak Njang saya pun ke tanah suci, tapi dijadualkan pulang ke tanah air awal bulan 12 nanti. Nanti boleh dengar cerita versi diaorg pulak, excitednya! =D

Okeylah, sampai sini saja buat masa ni. Nanti saya cerita lagi ye! Kiss kiss! <3
p/s : Buat Anan Adli, saya saaaaaaaaaaaayang awak! =D

.redzlin hasyim.


Meet the 'buku kawin2', mesin kira-kira dan pena merah jambu. =D


The making of our wedding doorgift! Kena censored, kang tak surprise! =p
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();