Friday, February 12, 2010

roadtour kedai kain : Day 2

11 February 2010

Hari ini, saya dan Mama menyerang kedai kain di Jalan TAR. Rasa nak tercabut kaki ni berjalan, ditambah dengan cuaca yang panas terik, tapi itu semua terubat bila tiba di Jakel Textile. Dalam beribu kain disitu, hanya satu telah berjaya menambat hati saya. Walau disogok dengan kain-kain yang bermacam patern oleh seorang kakak pelayan di situ, mata saya tetap jatuh di atas kain yang comel designnya, manis sekali warnanya itu. Dalam timbunan kain yg disuggest kepada saya, Mama capai kain idaman saya lalu berkata, “Elin kalau dah berkenan, yang tu saja la yang dia tengok, tengok hat lain tak dak hati dah”. Ya, wanita paling hebat dalam dunia ini, memahami saya dengan ajaibnya. =)

Tapi kain tu agak mahal harganya, ekoran kain tu ada one piece saja, tak seperti kain-kain lain yang bergulung2 banyak di situ. Kain idaman ni datang siap berukuran 4.5meter. Bak kata kakak itu, exclusively satu, tiada duanya. Setelah membrain-wash diri sendiri, saya usulkan cadangan pada mama untuk meneruskan survey di kedai lain, manalah tahu, ada kain yang bisa mengubat hati saya dan affordable serta reasonable harganya.

Kami dua beranak pun melangkah ke lift, tiba-tiba seorang kakak menarik lengan Mama. Memujuk Mama kembali ke tempat kain tadi. Mama bisik di telinga saya, “Orang ni anak tokey…”. Ohhh,cantik orangnya, rasa nak pinjam hidung dia. Kakak cantik tu bertanya kepada kakak yang melayan kami tadi, kain mana yang kami berkenan. Lalu, dia bertanya kepada mama, “Are you not happy with the price?”. Mama tersenyum lalu point kepada saya, “Asked her..its for her akad nikah”. Kakak cantik tu bertanya kepada saya, “Adik suka kain ni?”. Saya hanya mengukir senyuman, mungkin manis, mungkin juga senyuman paling buruk. Hahaha.

Dan bermulalah aktiviti tawar menawar harga, dan sehinggalah harga yang ditawarkan sudah pun berada dalam budget saya. Ehh tak, bukan budget saya, budget encik sayang saya sebenarnya, duit yang telah dibank-in ke account saya. Tapi pada masa yang sama, saya bersms dengan encik sayang, update news pasal kain, macam biasa, si dia sudah berkira-kira mahu topup budget untuk beli kain. Saya halang, jangan sayang, sabar dulu. Dan berkat usaha dan kesabaran saya serta mungkin aksi manja memujuk kakak cantik itu, sehingga harga yang ditawarkan, sangat memuaskan hati saya. =)

Dan terima kasih untuk encik sayang saya juga, selalu saja ingin ‘made my dream come true’ kan. Baby ni… Biarlah saya berusaha sikit untuk dapatkan apa yang saya idamkan, gunakan mulut potpet saya ni sebaiknya dalam tawar-menawar serta memujuk rayu si kakak cantik. Hehe.

Alhamdulilah, syukur, yang diidamkan telah selamat menjadi milik saya. Selesai sudah satu dulang untuk hantaran tunang nanti, kain akad nikah kita. Complete set, kain untuk baju saya dan kain untuk baju melayu encik sayang sekali. Lepas ni, kita shopping barang-barang untuk deco dulang hantaran ye. Buat sendiri je, bergabung tenaga dengan Mama. Lebih puas hati dan pastinya lebih jimat. Tak sabarnye! =D


having breakfast with mama saya yang cantik




Thursday, February 11, 2010

roadtour kedai kain




10 February 2010.

1. Kerja half day, bos mau shopping for CNY. Seronok. Tapi lagi seronok kalau bos bawak saya shopping sekali. Hihi. =p

2. Shoot to KL Sentral, ambil Mama baru sampai dari Ipoh. Dari jauh nampak mama senyum melihat saya. Seperti biasa saya melambai sambil menggedik. Yaa, semua orang tengok. Peduli apa, wajah kesayangan saya sudah berada di depan mata. =)

3. Shoot ke Shah Alam, ke SACC Mall, menyerang Gulatis.

4. Mula-mula tengok kain untuk baju tunang, design dah ada, kain yg dibayangkan sudah di kepala, so mata meliar mencari. Ahaa, dapat!

5. Setelah diletakkan di badan, posing2 perasan di depan cermin. Okey, hati sudah terpaut.
Saya : Err akak, untuk tubuh saya yang empuk ni, nak amik kain berape ela ye?
Kakak Gulatis : Dik, org dah tak pakai ela skrg ni, org pakai meter, 4 meter cukup utk adik yg montel rase nak picit2 ni.
Saya :Suke hati saya la akak, saya minat ella, saya guna la istilah ela lagi. Akak nak gaduh ke? Akak selambe nak picit2 saya. Akak nak kene tumbuk dgn saya ke?
Yaaa, conversation tu adalah dongeng semata-mata. Padahal pekerja-pekerja Gulatis di situ, baik dan ramah belaka. Okey, kain untuk baju tunang, checked! =D

6. Usha lak kain untuk akad nikah, yang akan dijadikan barang hantaran semasa hari pertunangan nanti.

7. Plan saya dan my sayang Anan Adli, light pink colour untuk akad nikah. Dalam banyak2, ada satu je yang melekat di hati saya. Dan pekerja Gulatis bagaikan seorang bomoh, telah melekat dan melilit kain tersebut di badan saya. Keadaannya seperti gambar-gambar yang tertera. Dan tiba-tiba saya rasa mcm nak pakai sari je masa akad nikah nanti, takyah tempah buat baju dah. Tapi kang, tok kadi semput lak tengok saya. Hihihi.

8. Akhirnya, saya membuat keputusan, masa masih panjang, Mama pun masih lama melepak di sini bersama saya, oleh itu esok kita sambung mission kat Jalan TAR pulak. Wah, sama naik saya dengan bos saya ni, tak nak kalah okey. Dia shopping CNY dan saya shopping for engagement. Terima kasih bos. Ang pau tarak meh? Hehe.

9. Aktiviti shopping anak-beranak ini meleret ke PKNS, tapi sah2 lah ia tiada dalam agenda sebenarnya. Dan segala baju yang diborong juga tiada dalam list. Hihi.

10. Okey Elin, pergi tidur sekarang, esok nak bekerja keras. Dan kaki, esok tak boleh melawa ye, pakai selipar sudah. Hehe.

Untuk bakal perisik saya hari Isnin nanti, my sayang Anan Adli, saat ini tarikh sudah bertukar. 11 February, genap 8 bulan saya bergelar kekasih hati awak. Awak buatkan hari-hari saya indah, seindah bunga sakura, walaupun saya tak pernah tengok pun bunga sakura. Haih, saya tak tau kenapa asyik2 bunga sakura. Saya rasa saya mengidam nak pergi honeymoon kat Jepun ni. Wah, saya dah berjangkit dengan acik saya yang sedang mengandung ni, symptom mengidam2. Hihihihi. Okey till then. Chow.

.redzlin hasyim.

Sunday, February 7, 2010

From Strangers to Lovers

7 Feb 2010, hari ini genaplah setahun di mana pertama kali nya saya terjumpa dengan seorang gadis yang comel, yang dulu nya seorang stranger dalam hidup saya, sekarang ini telah menjadi kekasih hati saya. Memang sukar untuk dipercayai. Tetapi itulah yang dinamakan dengan jodoh =)

Terasa cepat benar masa berlalu kan. Tup tap tup tap, dah masuk setahun kami terserempak. Masih segar dalam ingatan saya. Ketika itu saya hendak lunch di sebuah restoran di seksyen 8. Kedai Soto namanya (dapat free advertisement ni) huhu. Saya sengaja duduk di depan meja awek tu. Supaya sambil makan sy boleh curi2 usha die. Tapi tak tahu la die usha saya ke tak.huhu.

Dipendekkan cerita, gadis comel yang saya nampak tahun lepas di kedai makan tu, telah menjadi buah hati saya. Terima kasih kepada teknologi ataupun lebih tepat, Facebook. Sesuai dengan motto nya, Facebook connecting us =). Tetapi perlu diingatkan, harus berhati2 dalam mencari kawan yang kita tak kenali di internet. Kita taktau orang yang kita tak kenal tu baik atau tak. Tetapi saya bersyukur sangat sbb Allah temukan saya dengan seorang gadis yang baik. Yang masuk dengan jiwa saya. Now im ready to take the next step in my life =). Seronoknyee!

Semoga apa yang dirancang, dipermudahkan dan terlaksana dengan sempurna. InsyaAllah. Amin =).Untuk Redzlin Hasyim, saya sayang awak sangat2. Baby, kita kuat kan? =)

With love,
Anan Adli
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();