Thursday, February 11, 2010

roadtour kedai kain




10 February 2010.

1. Kerja half day, bos mau shopping for CNY. Seronok. Tapi lagi seronok kalau bos bawak saya shopping sekali. Hihi. =p

2. Shoot to KL Sentral, ambil Mama baru sampai dari Ipoh. Dari jauh nampak mama senyum melihat saya. Seperti biasa saya melambai sambil menggedik. Yaa, semua orang tengok. Peduli apa, wajah kesayangan saya sudah berada di depan mata. =)

3. Shoot ke Shah Alam, ke SACC Mall, menyerang Gulatis.

4. Mula-mula tengok kain untuk baju tunang, design dah ada, kain yg dibayangkan sudah di kepala, so mata meliar mencari. Ahaa, dapat!

5. Setelah diletakkan di badan, posing2 perasan di depan cermin. Okey, hati sudah terpaut.
Saya : Err akak, untuk tubuh saya yang empuk ni, nak amik kain berape ela ye?
Kakak Gulatis : Dik, org dah tak pakai ela skrg ni, org pakai meter, 4 meter cukup utk adik yg montel rase nak picit2 ni.
Saya :Suke hati saya la akak, saya minat ella, saya guna la istilah ela lagi. Akak nak gaduh ke? Akak selambe nak picit2 saya. Akak nak kene tumbuk dgn saya ke?
Yaaa, conversation tu adalah dongeng semata-mata. Padahal pekerja-pekerja Gulatis di situ, baik dan ramah belaka. Okey, kain untuk baju tunang, checked! =D

6. Usha lak kain untuk akad nikah, yang akan dijadikan barang hantaran semasa hari pertunangan nanti.

7. Plan saya dan my sayang Anan Adli, light pink colour untuk akad nikah. Dalam banyak2, ada satu je yang melekat di hati saya. Dan pekerja Gulatis bagaikan seorang bomoh, telah melekat dan melilit kain tersebut di badan saya. Keadaannya seperti gambar-gambar yang tertera. Dan tiba-tiba saya rasa mcm nak pakai sari je masa akad nikah nanti, takyah tempah buat baju dah. Tapi kang, tok kadi semput lak tengok saya. Hihihi.

8. Akhirnya, saya membuat keputusan, masa masih panjang, Mama pun masih lama melepak di sini bersama saya, oleh itu esok kita sambung mission kat Jalan TAR pulak. Wah, sama naik saya dengan bos saya ni, tak nak kalah okey. Dia shopping CNY dan saya shopping for engagement. Terima kasih bos. Ang pau tarak meh? Hehe.

9. Aktiviti shopping anak-beranak ini meleret ke PKNS, tapi sah2 lah ia tiada dalam agenda sebenarnya. Dan segala baju yang diborong juga tiada dalam list. Hihi.

10. Okey Elin, pergi tidur sekarang, esok nak bekerja keras. Dan kaki, esok tak boleh melawa ye, pakai selipar sudah. Hehe.

Untuk bakal perisik saya hari Isnin nanti, my sayang Anan Adli, saat ini tarikh sudah bertukar. 11 February, genap 8 bulan saya bergelar kekasih hati awak. Awak buatkan hari-hari saya indah, seindah bunga sakura, walaupun saya tak pernah tengok pun bunga sakura. Haih, saya tak tau kenapa asyik2 bunga sakura. Saya rasa saya mengidam nak pergi honeymoon kat Jepun ni. Wah, saya dah berjangkit dengan acik saya yang sedang mengandung ni, symptom mengidam2. Hihihihi. Okey till then. Chow.

.redzlin hasyim.

No comments:

Post a Comment

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();