Wednesday, May 4, 2011

cinta sempurna


Entri pertama selepas hampir 2 bulan saya menjadi seorang isteri. Nak kata busy, takde lah sangat pun. Mungkin faktor kesihatan. Kerap sangat jatuh sakit. Mungkin mental dan fizikal mengalami kejutan perubahan hormon, hehe.

Alhamdulilah, syukur kepada yang Esa, di atas limpah kurniaNya yang indah, saya diberi peluang memiliki apa yang saya peroleh sekarang. Keluarga yang penuh dgn kasih sayang, teman-teman yang sentiasa memberi sokongan, serta suami yang baik hati, molek budi pekerti serta kacak bergaya walaupun belum mandi. =)

Hidup berdua banyak bezanya. Katil berkongsi, berebut selimut, lawan pegang remote, dan yang paling best bila berdebat siapa yang kena tutup lampu bilik bila masing2 sudah selesa baring di atas katil. Buat masa sekarang, peratus kemenangan berpihak kepada saya, hihihi.

Tapi bila berkait dengan hati, emosi dan perasaan, memang cabaran besar dalam hidup berdua. Lebih rapat kita dengan si dia, lebih cuba mengenalinya dengan lebih mendalam, kadang-kadang  semakin banyak yang kita tak faham. Kenapa begitu, kenapa begini.

Walaupun begitu, saya sentiasa mahu mengenali dia, takkan pernah jemu, takkan pernah jelik. Saya sentiasa ingin memenangi hati dia, usaha sehabis mungkin memujuk bila dia merajuk, dan akan selalu meyakinkan dia bahawa cinta saya buat dia sentiasa hebat, sehangat saat saya melihat dia dulu buat pertama kali. Insya Allah.

Kita tahu tiada yang sempurna, melainkan Allah SWT. Tapi amanah kita, maka kitalah yang harus menyempurnakan apa yang kurang. Sesungguhnya yang tidak sempurna itu, ada kesempurnaannya.

.redzlin hasyim.

gambar lama yang menjadi kegemaran sepanjang zaman =)

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();