Wednesday, September 14, 2011

my 5 month belly


it's amazing when we could possibly be in love with someone that we haven't met yet <3

.redzlin hasyim.

Tuesday, September 13, 2011

solat duduk untuk wanita hamil


Saya tak biasa melakukan solat secara duduk & risau kalau-kalau ibadah yang dilakukan tidak betul / tidak diterima Allah. Tapi lately, dah mula rasa senak especially waktu sujud, dan memang mengah lepas bangun dari sujud. Hari ni sepanjang hari buat research sambil menimba ilmu tentang solat duduk untuk wanita hamil. Ada artikel yang saya baca, seawal usia kandungan 7 bulan pun kita dah boleh mengerjakan solat secara duduk (bergantung kepada keadaan ibu mengandung) kerana keadaan fizikal diri seperti kaki yang sembab (susah untuk duduk antara 2 sujud / tahiyat), pening dan tak boleh berdiri lama, serta keadaan perut yang membesar membuatkan kita susah untuk bangun, duduk dan macam-macam lagi.

Walaupun kandungan saya baru masuk 5 bulan, tapi dah mula rasa simptom2 ni. Mungkin faktor ketinggian saya yg agak bonzai ni. Buat masa sekarang, Alhamdulilah saya masih mampu bersolat seperti biasa, cuma rasa senak sikit. Tapi manalah tahu, esok lusa tiba-tiba kena solat duduk kan. Kena buat persediaan awal, risau nanti gelabah dek ilmu yang cetek, merana diri. Buat ibu-ibu mengandung, jangan ragu-ragu untuk solat dalam keadaan duduk, Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersusah-susah (menyakitkan diri) dalam beribadah. So ada kelonggaran buat orang-orang yang tertentu dalam melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solat. =)

p/s : Entri kali ni saja nak berkongsi info, dari saya yang cetek ilmunya. Kalau ada yang cacat cela, harap sudi menegur. =)



.redzlin hasyim.

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();