Saturday, December 11, 2010

Fly Me To The Moon by Jason Mraz

Definitely would be on our wedding song list! =D

3 months left

111210, tepat 3 bulan lagi ke tarikh akad nikah saya dan Anan Adli. Macam2 bermain di fikiran, macam2 rancangan yang belum terlaksana, dan macam2 juga lemak yang ada dalam perut ni, hehe. Bila saya nak kurus? Ya itu yang menjadi persoalannya sekarang, hihihi.

Tadi, baru saja terima panggilan dari Anan Adli, wish happy monthsary. Genap setahun 6 bulan hubungan kami. Setiap bulan, hari yang ke-11, dia selalunya yang ucap selamat ulangbulan.
Bukan saya lupa, sebenarnya saya tak biasa. Tak pernah terima layanan seperti ini. Tak pernah sambut ulangbulan. Tak pernah ambik kisah. Tak pernah itu, tak pernah ini. Tapi dengan Anan Adli, dia buat segalanya indah, dia buat angan-angan saya jadi kenyataan, dia buat saya rasa istimewa. =) Okey, sila lah muntah kalau anda jelik dengan kata-kata saya. Sapa suruh baca? Hihihi.

Aha, kerja-kerja kahwin weekend ni, semua diposponed ke hari Ahad, sebabnya Anan Adli kerja. Dan di ketika ini pun dia masih bekerja, masih di client’s site. Kesian baby saya.. =( Dan bila tertangguh, makanya Ahad kami akan padat dengan marathon kerja kahwin. Huhu. Secepat mungkin kami ingin selesaikan kerja-kerja yang memerlukan kami lakukan bersama. Cepat selesai, cepat lah kami mulakan berpuasa dari berjumpa. Kata orang2 tua, darah manis tak elok dekat2 selalu, biar jarang jumpa, biar rindu. =)

.redzlin hasyim.


malas nak ambik kamera, snap guna hp je lah, blur. tapi terang2 nampak banyak lagi yang belum settle! huuuu, gambatte kudasai! uyeah!

Wednesday, December 8, 2010

hey,it's 93 days to go!



Tik tik tik,waktu berdetik. Cewaaahh mcm lagu Kotak Band pulak.huhuhu. Sedar tak sedar lagi 93 hari je lagi untuk sampai ke tarikh keramat. Hah?tarikh keramat?tarikh apa tu?haa,tarikh perkahwinan kami la.huhu. Rasa dah dekat sangat dah ni! Takut je rasa. Bukan takut sebab tak sedia ke apa,tapi takut kalau ada benda2 yang terlepas pandang. Kalau tak sedia takdelah berani nk meminang anak dara orang kan? =).Insyaallah tanggung jawab tu akan ku jaga dengan baik.

Macam2 persiapan kitorang dah buat. Tapi sebenarnya byk lagi yg kena buat. huuuu. Cuak beb! Kalau nak diikutkan,weekend jela waktu nk buat benda2 ni. Weekdays keje pulak. Balik keje je dah dekat pukul 7. Mana nak sempat kalau nk buat keje2 kawin ni. So weekend jela kami pulun habis buat keje2 kawin ni.hehehe.

So hari Isnin yg lepas,saya mengambil cuti untuk meneruskan persiapan keje2 kawin ni la. My fiance, Elin, yg juga merangkap my assistant menjadi orang yg sangat penting dalam membuat keje2 kawin ni. Segala benda akan dicatit di dalam diarinya. Dan diari tu sentiasa dibawa bersama kehulu kehilir. Nak harapkan saya catit benda2 ni susah sikit. Biasalah lelaki =p. Tapi bukan bermaksud saya lepas tangan terus.Tak. Saya ada diari saya jugak. Tapi diari tu saya letak dalam laptop. Bila bukak laptop jela saya update diari saya.huhuhu. Jadi apa yang nak dibuat utk minggu ni semua ada dalam diari Elin =)

Perkara yg pertama sekali nak dibuat ialah HIV Test. Nampak mcm senang nak buat benda ni. Tapi sebenarnya mmg melecehkan. Macam2 halangan kami tempuhi semasa nk buat test ni. Dah la kat klinik kerajaan je yang boleh buat. Tempat lain tak diterima. Mula2 kami pegi ke Klinik Kesihatan Pantai kat Pantai Dalam. Ni pun sebab di rekemen oleh ofismate saya incik Nizam. Katanya pegi walk-in je tak payah nak buat appointment. So kitorang pun pegi la. Masa pegi tu tepat2 je kul 1 pm. Elok je kuar lif,ada staff klinik tu ckp "dik,klinik tutup.Datang balik kul 2 ye".Aikkk,klinik pun ade masa rehat ke?Ingatkan ada shift. Rupanya klinik kerajaan ada waktu rehat lunch. Cindah betul!hahaha. So kami pun turun la balik. Alang2 nak tunggu pukul 2,kami pun makan la dulu kat bawah.

Kitorang decide nak naik balik ke klinik tu kul 1.40. Biar tunggu awal sikit sbb takut nnt ramai org pulak. Then masa naik tu ada la sorang je yg tgh tunggu. Masa tu pintu kaca klinik tutup lagi. Tepat je kul 2,ada akak dari dalam klinik tu bukak pintu. Bukak punya bukak,sekali pintu tu rosak daaa. Tak boleh bukak.hahaha. Yapedaaa. Akak tu jerit dari dalam "encik,masuk dari pintu belakang!". Kami pun cepat2 la masuk ikut pintu belakang. Pastu bila dah masuk dalam, saya pun tanya la akak tu."Kak,saya nak buat HIV Test ni. Kena buat appointment dulu ke kak?" tanya saya. Akak tu pun jawab "aah dik,awak kena buat appointment dulu. Awak dah buat appointment ke?". Alamak,kena buat appointment dulu ke.."Eh,kena buat appointment ke?kawan saya cakap tak payah buat. Boleh walk in je".Akak tu pun balas "Kami dah lama tak buat walk-in.Kalau nak buat next appointment ialah 15/12/2010. Awak boleh call kami untuk buat appointment. Awak amik leaflet hijau kat blakang tu. Kat situ ada no telefon. Saya pun balas dalam hati "Wakluu la weiii".wakakakaka.

Kami pun keluar dari klinik tu dengan perasaan hampa.Dah la kena tunggu sejam time lunch hour tadi. Pastu takleh buat pulak. Pastu kami decide nak pegi klinik kesihatan kat Seksyen 7 Shah Alam. Masa tu nama Palie muncul dalam pemikiran kitorang sbb akak dia keje kat situ. So Elin pun call la Palie tanya no tel akak dia. Then Elin call akak Palie. Akak Palie cakap tak payah buat appointment kat sini. Boleh datang walk in je. Cantiklahhh! Kami pun cepat2 serbu ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Sampai sana tgk ramai org kat situ. Parking pun sampai ke jalan besar. Alhamdulillah kitorang dapat parking kat dalam. Dah dapat parking cepat2 masuk dalam. Masa tu dah pukul 2.45 pm. Saya pun tanya lah kat kaunter tu. Akak tu cakap kena buat appointment jugak. Adoiyaiiii. Ingatkan boleh walk in je! Tapi akak tu ckp kalau nk buat hari ni pun boleh. Tak payah appointment. Tapiiiiiiii,borang tu dah takdelah dik. Adoiyaiii skali lagi.hahahaha. Then baru teringat. Sebelum ni ada bukak website JAIS. Dalam tu cakap boleh amik borang HIV Test kat Pejabat Agama Islam Daerah. Saya pun tanyalah akak tadi last amik test pukul berapa. Dia cakap last pukul 3.30 pm. Kami pun sekali lagi bergegas ke pejabat JAIS pulak.

Sampai JAIS,dah kul 3. Ada lagi 30 minit je lagi sebelum klinik tutup. Masa tu Elin tak turun. So saya jela yang masuk ke pejabat JAIS. Masa keluar kete tu sempat Elin mengeluarkan kata2 semangat. "Good luck baby!". =D Dengan berbekalkan kata2 semangat tu,saya pun berlari masuk ke pejabat JAIS.Kat kaunter tu ada 2 org staff yg jaga. Saya pun citer la saya nk buat HIV Test utk kawin. Tadi saya dah pegi Klinik Kesihatan Seksyen 7. Tapi borang pulak dah habis. So saya pun terus ke sini la sbb saya ada terbaca di website JAIS yang kita boleh mengambil borang di JAIS. Akak tu pun terangkan yang diorang dah tak buat macam tu dah. Semua borang sudah dihantar ke klinik kerajaan. Kena ambik kat situ je. Hanya Allah jela yg tau betapa hampa perasaan saya ketika tu. Mana taknya, penat je amik cuti semata2 nk settlekan pasal HIV Test ni. Saya punya lah save cuti utk kawin tahun depan. Tengok2 tak dapat buat jugak. Tgk jam dah kul 3.20. Memang hampa dan kecewa la. Masa on the way nak ke kete, Elin mesej."How's everything baby?".wuuu sedihnya nak reply. Masa half way nak sampai kete, saya patah balik masuk pejabat JAIS. Saya tak berputus asa. Mana tau ada tuah ke kan.hehe. Saya pun tanya la kat pakcik guard pulak. Last2 pakcik tu pun cakap kena amik borang tu kat mana2 klinik kerajaan. Adik boleh pegi kat Subang Jaya atau pun PJ. Mmg tak sempat la pakcik oii nak gi sana.huuu..

Masuk kete je saya cakap kat Elin,"Baby,today is not our day.Borang kena amik kat klinik jugak". Kami rasa ralat sungguh tak dapat buat HIV Test hari ni.Dah la klinik kerajaan bukak weekdays je. Kitorang pulak free hari ni je. Dengan perasaan hampa,saya drive kete slow2. Terdetik nak call papa tanya kat mana ada lagi klinik kesihatan kat Shah Alam ni selain kat Seksyen 7 tu. Pa cakap mana ada 2 klinik kerajaan dalam satu daerah. Yang paling dekat pun kat Kelang. Tak sampai Kelang lagi la. On the way to Kelang ada satu klinik kerajaan. Mula2 tu dah give up dah. Rasa malas lah nk pegi. Ni mesti tak sempat kalau nk pegi pun.

Last2 saya tanya Elin,"Baby,jom kita pegi je klinik kat Kelang tu nak?kalau ada,ada la". Elin pun setuju. Jadi kami pun bergegas ke Kelang. Sampai2 klinik je,saya suruh Elin masuk dulu. Takut tak sempat kan. Kalau ada apa2 msg ye. Saya pun cari la parking. Kete pun byk. Nak dijadikan citer,ada satu parking kosong. So saya pun park la kete kat situ. Pastu saya pun terus masuk dlm klinik. Ramai orang kat situ. Saya tercari2 Elin. Tak nampak pun dia. Tiba2 dapat call dari Elin. Dia tanya saya dah dapat parking ke. Bunyi nada suara tu mcm hampa je. Sebab cakap perlahan je. "Saya dah dapat parking dah baby.Baby kat mana tu?" Pastu dia pun suruh saya masuk bilik hujung sekali. Bilik no 14. Rupa2nya boleh buat test kat sini. Boleh walk in. Ya Allah!Betapa gembiranya saya bila boleh buat HIV Test kat sini. Syukur sangat2 pada Mu ya Allah!Tak sia2 je kitorang tak putus asa. Lari sana lari sini. Rupa2nya Allah saja nak uji kita. Nak tengok sejauh mana kesabaran kita =)

Akhirnya kitorang dapat jugak buat HIV Test di saat2 akhir. Selamat la klinik tu tutup kul 4.30. Syukur sangat2 !=D

So beberapa pengajaran boleh dan tips boleh diambil dari kisah ni:

1. Buat appointment dengan klinik kerajaan dahulu sebelum pegi. Kalau boleh seminggu sebelum tarikh tu. Takut full je.

2. Pegi pukul 2 petang ke atas. Sebab test tu hanya dijalankan lepas kul 2 sahaja. Waktu nya pun terlalu singkat.

3. Klinik kerajaan ada lunch hour break. Jangan datang kul 1-2 ptg. Kalau tak korang kena la gi makan dulu.hehehe.

4. Waktu HIV Test berbeza dengan setiap klinik2 kerajaan yang lain. Ada yang kul 2pm-3.30pm,ada yg 2pm-4.30pm

5. Kalau tanak buat appointment,korang boleh la ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda,Kelang. Situ boleh walk in je. Tapi sebaik2nya buat appointment jgk. Takut2 masa tu dah tak buat walk in dah.hehehe

6. Banyakkan bersabar. Jgn cepat putus asa.

7. Support each other. U jump i jump.wakakaka =p

Anan Adli
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();