Friday, August 27, 2010

Kerja kahwin : Episode 2

It's like an ages tak menulis blog ni.huhuh.Sekarang ni dah nak masuk bulan September.Ada lagi lebih kurang 6 bulan je lagi sebelum our big day.Macam² perasaan ada.Excited,happy,tak sabar,nervous.You name it.Semua ada.huhuhu.

Haa kalau ikutkan title blog kali ni ialah Kerja kahwin:Episode 2.Mana episode 1?hehe.Actually episode 1 haritu dah berjalan. Cuma tak sempat nak share kt blog je.Dalam episode 1 tu kitorang dah beli few things utk hantaran.Setakat ni saya dah beli 2 dulang utk cik Elin yg tersayang.Elin pulak dah beli satu dulang.Kita beli sikit² sebab takdela terasa beban beli sekali gus nanti.Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".hehehe.Apa yg kitorang beli tu biarlah rahsia dulu.Nanti tak suprise pulak kan =p

Bila dah start buat keje² ni,terasa mcm dah dekat sgt hari kenduri.6 bulan tu tak lama.Pejam celik je dah sampai.Sama la macam keje kat Jakarta haritu.Tau² dah 6 bulan.huhuhu.Alhamdulillah,bila duit hantaran and mas kahwin dah cukup,terasa lega sgt.Cepat² asingkan and put it in ASB.Nanti takdela terguna duit tu =)

Ok harini kitorang nk survey barang2 utk door gift pulak.Ada la survey² dalam internet.Ada satu blogger ni dia ade buat warehouse sale utk barang2 dalam blog dia harini.So we take this opportunity to survey or buy from her.Ada discount pulak tu.Harap² ada yg berkenan dan within our budget la.huhuhu.

After solat Jumaat we'll be going to Pameran Kerja2 Kahwin kat Jalan Conlay,KL.Kat mana tu ek?kene tanya pakcik google lah nk tau map dia.huhuhu.Rasa² mcm dah abis dah pameran ni.Tapi elin ckp smlm dia dengar kat radio nak lanjutkan lagi.So pegi jelah =).Survey² apa yg menarik kat situ.Dah kene start survey benda² ni jgk.Takut last minit nanti semua fully booked.Hancusss semuanya.huhuhu.

Sekarang ni tengah tunggu elin datang Shah Alam.The warehouse sale is in Shah Alam.To be exact Bukit Jelutong.Okeylah guys,cukup utk kali ni.Nantikan episode yg seterusnya =D

Wassalam..

-Anan Adli-
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();