Thursday, January 20, 2011

Update laju-laju


Tiap-tiap hari mengadap kalendar, kalau kalendar tu boleh cakap, mesti dah kena sound. Huuuu, walaupun ketaq lutut, gelabah ayam dan sewaktu dengannya, kadang-kadang tersenyum sorang2 jugak. Terbayang macam mana la rupa saya atas pelamin nanti eh? Boleh ke kontrol sopan, tak gelak mengilai mahupun kurangkan cakap banyak. Hmmm. Kalau pikir masa makan beradap, lagi seram. Lauk-lauk caterer Cik Nan dah la sedap2, kang makan beradab jadi makan biadab, gara-gara pengantin makan bertambah, siap bersila atas kerusi pulak tu. Yiehhhh? Haaa ni la sebabnya saya kerap sakit sekarang ni, sebab saya suka meraban, pikir yang bukan-bukan. Pernah sekali, terjaga dari tidur, rasa masa tu macam saya baru habis bercakap. Ya ampun Elin, ko dah kenape? -_-

Okey nak update laju-laju ni, kad kawin dah siap design! Dah dapat approval dari otai-otai besar iaitu, our beloved parents. =) Tinggal nak tunggu settle print je, tak sabar nak kalut-kalut tulis address para jemputan! Heee, sonoknya!

Today, another one thing checked off my wedding to-do list. Dah lama cari comforter bedding set yg ala2 english vintage. Saya tak suka yang sarat2, yang shiny2, yang meleret2. Saya suka yang macam tok nenek kita guna dulu, macam cotton patch, simple and cute. Asalnya, nak kirim kat kawan, Yanyan, dia ada jumpa satu kedai jual vintage stuff kat Penang. Tapi hari ni ada jodoh pulak, terjumpa satu kedai jual bedding sets yang comel2. Kakak kedai tu pun baik sangat. So anyone yg mencari atau teringin nak English bedding set, silalah ke Ampang Point. I did attach the picture, tapi takleh tunjuk isi lagi, kang tak surprise (hehe, bedding sets je kottt). Tak sabar nak balik Ipoh, nak deco-deco bilik! =D

Esok cuti sempena Thaipusam, so ambik kesempatan nak buat kerja2 yg tak terlaksana lagi. Malam esok lak nak fitting baju! Oyeah! Memang excited tapi rasanya kena tahan telinga la kalau2 size agak berubah, kalo kurang takpe, ni mcm dah mengembung je sana sini, hehehe, bebel la, mak tak kesah. =p

Okay lah, nak tido awal, tomorrow gonna be a super-letih day, so I need a beautiful sleep. Selamat malam, semoga saya tak bercakap semasa tidur lagi. ~_~

.redzlin hasyim.

Kad kawen saya & Anan Adli is in progress~

The kedai’s address is as follows. =)


nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();