Friday, January 7, 2011

Save the Date ♥


Sebelas Mac, tarikh keramat untuk saya sepanjang hidup. Tarikh saya lahir ke dunia, setelah 9 bulan Mama berpenat lelah, berpantang makan, bertarung nyawa mengandungkan saya. Abah pula berhempas pulas menambah rezeki bila anak-anak lelakinya bakal menyambut kehadiran seorang adik perempuan. Terima kasih Mama, Terima kasih Abah. Tanpa kalian, tiada lah Redzlin Hasyim. Tanpa kalian, hidup takkan pernah sempurna. Tanpa kalian, kami adik beradik takkan merasa bahagia. Alhamdulilah syukur yang tak terhingga kepada Mu ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan aku segalanya. =’)

Sebelas Mac, tahun 2011. Satu lagi sejarah bakal tercipta. Bukan saja untuk saya dan keluarga,
malah untuk lelaki idaman saya dan seisi keluarganya. 

Dua keluarga akan bersatu,
Satu janji ikatan akan terpateri,
Sebelas Mac hari yang ditunggu,
Akad nikah saya dan Anan Mohamad Adli.
Insya Allah. =)

Save the date, people. Tapi bukan 11 Mac tau, majlis resepsinya 12 Mac 2011 @ Ipoh.  Hehe. Kad jemputan akan menyusul kemudian. Terima kasih. =)

.redzlin hasyim.

Tuesday, January 4, 2011

2 months & 7 days to our big day ♥


malas nak menulis, kita buat video pulak! tapi suara saya kelakar. HAHAHA. ~_~
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();