Wednesday, March 2, 2011

Pre-Wedding Video : The Last Geisha



Haa..ini lah dia pre-wedding video kitorang =D Idea ni muncul masa kitorang dalam kereta. hehehe. Macam2 idea nk buat utk video ni. Last2 The Last Geisha ni menjadi pilihan. Selalu tu org buat pre-wedding video sweet2,romantic kan? Kitorang pulak nk buat kelainan. Baru menarik! Kitorang masukkan unsur action, adventure, sweet and humor. Last2 inilah hasilnya =).

Asal plot citer ni mcmni. Dalam negeri ni tinggal satu2nya Geisha yang masih wujud. Geisha lain sume dah pupus. Dia bercinta dengan sorang ninja dalam negeri tu jgk. Nak dijadikan citer, dorang dapat tahu ada cubaan utk menculik Geisha ni. Jadi sebelum dia diculik, Ninja ngan Geisha ni dah plan something. Diorang plan utk switch character. Si Ninja tukar jadi Geisha, Geisha jadi Ninja. So mlm masa Geisha diculik tu,sebenarnya penculik tu dah tersalah culik. Dia sebenarnya dah menculik Ninja. Then Geisha tu yg pegi selamatkan Ninja.huhuhu..

Credit to my brother Along as Director and Cameraman. Credit also to my brother Alang as Orang Jahat and cameraman too =)

Monday, February 28, 2011

tragedi di bulan Februari


Tersebutlah kisah, seorang gadis yang sedang gembira tak terperi, setelah kasut kahwin idaman hati kini menjadi miliknya. Sedang dia berjalan dengan penuh keriangan menuju ke arah kereta bakal suaminya, dan di saat hanya beberapa langkah sahaja lagi, tiba-tiba, gedebuk! Yaaa dia jatuh tergolek ye tuan-tuan dan puan-puan. Dengan sakit yang amat, dia berharap bakal suaminya datang membantu, tapi hampa, kelihatan tiada sesiapa di dalam kereta. Tapi yang peliknya, tingkap kereta dibiarkan terbuka.

Rupa-rupanya, si bakal suami sedang menyorok, konon-konon nak buat kejutan pada si bakal  isteri. Dari awal lagi dia sudah nampak kelibat si bakal isteri keluar dari kedai. Cepat-cepat dia bersembunyi. Tunggu punya tunggu, tetapi tiba-tiba si bakal isteri hilang dari pandangan. Rupa-rupanya si bakal isterinya sudah terduduk di atas lantai dengan bergayanya. Dan ternyata, si bakal isterinya memang tak pernah berubah, dari awal perkenalan hingga lah ke saat ini, tetaplah seorang yang kelam kabut dan jalan bersepah.

Akhirnya mereka hanya mampu ketawa bersama-sama, sampai nak drive balik pun tak mampu dah. Tapi si bakal isteri hampir-hampir nak pergi belasah seorang mamat yang datang melihat tempat kejadian, seperti berfikir faktor-faktor terjadinya tragedi tergolek di situ. Nasib baik si bakal suami menghalang, kalau tak mesti mamat tu cedera parah dibelasah oleh si bakal isteri.

moral dari cerita ini : -
Sayangilah bakal isteri anda seadanya, walaupun dia suka terjatuh walau di mana saja dia berada. Terima kasih.



kasut kahwin yang buat saya hilang fokus =p



.redzlin hasyim.

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();