Saturday, December 11, 2010

3 months left

111210, tepat 3 bulan lagi ke tarikh akad nikah saya dan Anan Adli. Macam2 bermain di fikiran, macam2 rancangan yang belum terlaksana, dan macam2 juga lemak yang ada dalam perut ni, hehe. Bila saya nak kurus? Ya itu yang menjadi persoalannya sekarang, hihihi.

Tadi, baru saja terima panggilan dari Anan Adli, wish happy monthsary. Genap setahun 6 bulan hubungan kami. Setiap bulan, hari yang ke-11, dia selalunya yang ucap selamat ulangbulan.
Bukan saya lupa, sebenarnya saya tak biasa. Tak pernah terima layanan seperti ini. Tak pernah sambut ulangbulan. Tak pernah ambik kisah. Tak pernah itu, tak pernah ini. Tapi dengan Anan Adli, dia buat segalanya indah, dia buat angan-angan saya jadi kenyataan, dia buat saya rasa istimewa. =) Okey, sila lah muntah kalau anda jelik dengan kata-kata saya. Sapa suruh baca? Hihihi.

Aha, kerja-kerja kahwin weekend ni, semua diposponed ke hari Ahad, sebabnya Anan Adli kerja. Dan di ketika ini pun dia masih bekerja, masih di client’s site. Kesian baby saya.. =( Dan bila tertangguh, makanya Ahad kami akan padat dengan marathon kerja kahwin. Huhu. Secepat mungkin kami ingin selesaikan kerja-kerja yang memerlukan kami lakukan bersama. Cepat selesai, cepat lah kami mulakan berpuasa dari berjumpa. Kata orang2 tua, darah manis tak elok dekat2 selalu, biar jarang jumpa, biar rindu. =)

.redzlin hasyim.


malas nak ambik kamera, snap guna hp je lah, blur. tapi terang2 nampak banyak lagi yang belum settle! huuuu, gambatte kudasai! uyeah!

No comments:

Post a Comment

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();