Friday, March 19, 2010

terima kasih cinta

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi dan air mata yang bergenang, saya ingin berterima kasih yang tak terhingga, kepada sesiapa sahaja yang meniti hari bersama saya dalam menuju hari pertunangan saya dengan Anan Adli. Terima kasih yang tak terhingga untuk bantuan yang dihulur, sokongan pemberi semangat, serta doa yang baik-baik tiada jemunya. Terima kasih.


Terima kasih Mama dan Abah, cinta hati saya. Jika tiada restu dari kalian, pastinya semua ini tidak akan berjalan. Terima kasih Mama dan Abah, untuk restu di atas lelaki pilihan saya merangkap lelaki pertama yang saya reveal sebagai steady boyfriend, setelah sekian lama mengsinglekan diri. Hehe. Terima kasih Mama dan Abah yang bertungkus-lumus, bertunggang-terbalik, bersengkang mata semata-mata ingin memastikan majlis pertunangan ini berjalan lancar. Almaklumlah, ini merupakan majlis pertunangan yang pertama dijalankan di rumah ini, ye lah saya kan anak dara tunggal Azizah dan Rahman. Melainkan ada orang nak meminang satu-satunya abang saya yang belum kahwin, Abang Elan saya. Hehehe, ops dia sudah berpunya ya, coming soon la tu. Insya Allah. =) Dan sebenarnya, majlis pertunangan ini bukan saja berjalan lancar, malah lebih dari sempurna. Syukur, Alhamdulilah.. Terima kasih Mama dan Abah. I love you so much, and I always will. =)


Terima kasih Abang-Abang dan Kakak-kakak saya yang sudi pinjamkan masa kalian untuk saya, bukan saja menghulurkan tangan dalam membuat kerja-kerja, malah kaki juga kerana menemani saya ke sana sini dan pastinya bantuan perut juga, merasa masakan saya, segala kek, cupcake dan puding. Memberi komen yang bisa buat segala penat lelah saya hilang sekelip mata, asal masuk mulut je, sedappp.. Hehehe. Kembang hidung please,hihi. Terima kasih semua. =) Dan tak lupa juga, anak buah-buahan saya yang super comel dan buas tak terkawal lagi, hahaha. Terima kasih sebab kacau Tutu buat kerja dan menjadi penghibur dengan telatah comel dan kelakar kalian. Sayanggggggg Abang, Kakak, Elan, Kak Ngah, Enal, Acik, Aniq dan Ain!


Terima kasih untuk Pakcik dan Makcik saudara yang beramai-ramai turun ke Ipoh meraikan hari pertunangan ini. Bukan setakat meraikan, malah membantu dalam kerja-kerja di belakang tabir seterusnya menjadikan majlis ini amat sempurna dengan makanan yang sedap-sedap belaka dan ternyata majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Tak lupa juga yang tak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, semoga kita jumpa nanti ya, insya Allah. Soulmate saya cik Dada pun tak dapat hadir, ekoran tak dapat cuti. Kecewanya hati hanya tuhan yang tahu, sebab dari kecil kami berkongsi tangis dan tawa bersama. Tapi tak mengapa, adalah hikmahnya Tuhan rancang untuk kita kan. I love you and much love from me for everyone!


Terima kasih juga untuk jiran tercinta, Cik Nan dan Cik Tun tersayang dan seisi keluarga. Banyak sangat membantu, terharu sangat-sangat ni. Terima kasih untuk dua orang gadis cantik saya, Aleen dan Leesa, kerana menjadi pengapit dan berkongsi gabra dan cuak bersama saya. Dan tidak lupa juga jiran tetangga lain yang turut serta menjayakan majlis ini. You guys really rock my world! I love you guys! *sambil kesat air mata*


Setinggi-tinggi terima kasih untuk keluarga Anan Adli, khususnya Aunty Ana dan Uncle Adanan, yang sudi menerima saya seadanya, jauh-jauh datang ke Ipoh merisik saya dan akhirnya meminang saya untuk encik Angah Anan Adli. Bak kata Aunty Ana, dah booking Elin untuk Angah, hehe, dan semoga selepas booking ni, ia akan disempurnakan dengan akad nikah pada 11 Mac 2011, seperti tarikh yang disebut dan dipersetujui ketika aktiviti pinang meminang dulu. Insya Allah, semoga Allah merestui dan memakbulkan rancangan kita, Amin. Dan di kesempatan ini, saya ingin melahirkan rasa bangga dan kembang di hati kerana Nenek Mah turut serta ke Ipoh dan menyarung cincin pertunangan ke jari saya. Dan Aunty Ana dengan sportingnya, melakukan lakonan semula menyarung cincin ke jari saya dan photoshoot bersama Mr. Photographer of the day, Along Anan Amri. So sweet. =) Dan Along, thank you for the beautiful pictures. Love it so much! Sekali lagi, terima kasih untuk seisi rombongan yang ternyata amatlah sporting dan mesra, membuat saya rasa amat selesa dan hilang terus segala cuak dan gabra. Hehe. Terima Kasih. =)


Akhir sekali, terima kasih untuk semua yang hadir. Kedatangan anda semua amatlah saya hargai dan terharu sangat. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu meraikan hari istimewa saya, yang datang dgn sporting ikut kaler tema, tak lupa juga kawan-kawan yang kacak sekali berpakaian serba hitam tapi tetap jambu dengan bunga ros pink di dada, hehe. Terima kasih! Dan kepada yang tidak dapat hadir, terima kasih untuk ucapan dan doa yang tidak putus-putus dari kalian, terima kasih juga untuk sahabat yang mendesign dress tunang saya. Sila kembang hidung kerana ramai yang memuji tau. Hehe. Dan saya tau saya tak perlu sebut nama-nama di sini, kerana you know who you are and you know I love you. I do appreciate it so much. =)


Dan ternyata coretan ini belum berakhir, kerana saya ingin berterima kasih kepada Anan Mohamad Adli Adanan, lelaki yang sudah pun bergelar tunangan saya. Terima kasih kerana dalam berjuta perempuan dalam dunia ini, awak pilih saya. Awak layan saya baik sangat. Awak bukan saja curi hati saya, awak curi hati seisi keluarga saya. Semua orang sayang awak. Haish, sebak lak saya rasa. Tu je lah saya nak cakap, selebihnya nanti saya sms awak lah, boleh gitu? Hihi. I love you, and everyday I keep on falling in love with you. Semoga Allah memberkati hubungan kita hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat. Amin.


much love from me :
.redzlin hasyim.

4 comments:

  1. Wah, dah tunang. Kool. Semoga Allah memberkati hubungan anda berdua & semoga berbahagia selalu hendaknya.

    Ingat, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita. Jika ada sebarang masalah, handle with care and sila amalkan konsep profasionalisme.

    ReplyDelete
  2. Wahh,tak perasan ade komen.Terima kasih Sang Penulis =).Terima kasih juga di atas doa yg Sang Penulis berikan =D

    ReplyDelete
  3. Hai there.
    quite tersentuh hati bila tuan punya blog menulis

    'dalam berjuta perempuan kat dunia ini awak pilih saya.'

    that is so sweet
    Tahniah Rezlin, kerana dapat bakal suami macam Anan. And I believe that Anan pun sangat bertuah dapat someone like you. Sangat teruja baca nukilan awak, kerana saya juga berharap pengakhiran yang sedemikian rupa.

    Congratulation both Rezlin and Anan. Hope everything been blessed by Allah and everything goes well. Insyaallah. =)

    ReplyDelete
  4. ehhh baru perasan ada org komen.
    jarang update kat blog ni, hehehe.

    alaaaa how sweet of you.
    =)
    saya doakan buat awak juga, mana tahu takdir awak lebih manis dari apa yang saya dapat. amin~
    terima kasih.
    =)

    .redzlin hasyim.

    ReplyDelete

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();