Friday, February 14, 2014

Nota untuk isteriku..


Assalamualaikum isteriku yang tercinta yang bernama Ariana Rose atau nama glamer awak Elin. Ketika ni awak sedang lena diulit mimpi. Ialah, sekarang dah pukul 4 pagi lagipun. Semoga tidur awak lena, selesa tanpa gangguan nyamuk dan perut yang sakit. Kesian saya tgk awak 2-3 hari ni. Sakit perut awak sekarang ni kerap terjadi. Sampai teresak2 menangis menahan kesakitan. Kali ni awak pregnant anak kedua, tak sama mcm awak pregnant Raesha dulu. Masa pregnant Raesha dulu awak langsung takde alah dan sakit2. Berbeza dengan pregnant kali ni. Allah nak uji awak dengan bagi sedikit kelainan mengandungkan anak ke 2 ni. Saja nak bagi awak experience mcmana mengandungkan anak dengan rasa loya, rasa tak lalu makan dan sakit2 perut. Tp saya bersyukur, awak laluinya dengan penuh rasa sabar dan tabah. Inilah pengorbanan seorang ibu mengandungkan anaknya selama 9 bulan. Sangat besar pengorbanan seorang ibu mengandungkan anak. Pengalaman ni lah yang awak akan cerita kat anak2 kita bila diorang besar nanti. Samalah mcm mana Mama kita cerita kat kita masa dia mengandungkan kita dulu :). Sekarang ni dah masuk 10 weeks. Lebih kurang 2 bulan awak pregnant. InsyaAllah, lagi sebulan habislah first trimester yang mana akan hilanglah jgk rasa2 kurang selesa yang awak tgh hadapi sekarang. Saya selalu doakan awak dipermudahkan segala urusan dari saat pertama awak mengandung, sepanjang awak mengandung, ketika nak bersalin dan sehinggalah membesarkan anak2 kita. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah :)

Haaa..untuk mengurangkan apa yg awak sedang lalui sekarang, saya akan sedaya upaya untuk meringankan kerja2 awak. Baju2 kita dan Raesha saya dah lipat dan letak dalam almari. Cuma baju awak je saya tak masukkan lagi dalam almari. Awak taulah almari baju kita tu pintu dia dah rosak. Sekali dia slide je bunyi gedebuk gedabak macam ketapi. Takut awak dan Raesha terjaga, sy letak kat hall dulu baju2 awak yg dah berlipat tu. Esok pagi baru saya letak dalam almari ye. Oh ya, baju keje saya pun saya dah iron. So esok pagi awak boleh relax2 je sebab biasanya pagi2 awak yg selalu tanya saya nak pakai baju apa dan iron baju tu. Baju dan pampers Raesha yang nak pakai esok pagi lepas dia mandi, saya dah letakkan atas sofa merah. Dan buat pertama kalinya sepanjang kita berkahwin, saya dah pilih dan sediakan baju, seluar, seluar dalam, baju dalam untuk awak pakai esok pagi lepas mandi. hihihi :p Pinggan2 kotor saya dah basuh jgk. Sampah saya dah buang jgk letak dalam plastik hitam besar. Air masak saya dah refil dalam botol dan letak dalam peti sejuk. Ada satu botol air masak saya tak letak dalam peti sejuk. Air ribena saya ada buat dalam jug dan letak dalam peti ais. Sila habiskan air tu sebab saya tau awak susah sangat nak minum air. Harap2 air ribena boleh buat awak minum. Dan saya harap awak habiskan jgk satu botol air masak tu. Nanti saya balik keje, saya nak tgk satu botol air habis, sama jgk dgn air ribena tu tauuuu. Lantai dan karpet saya dah vacuum smlm. Haa lagi satu, awak selalu mengadu cramp perut bila bangun dari mencangkung lepas mandikan Raesha. Saya tak sempat nak beli kerusi kecik untuk awak tadi masa keluar dgn Raesha. Sebagai alternative, saya letak tong sampah merah kat dalam bilik air. Tong sampah tu bila diterbalikkan boleh jadi kerusi. hehehe. Esok kalau awak larat, masa kita beli barang dapur, kita beli sekali kerusi kecik tu ye. Satu je saya dah lama tak buat untuk awak. Saya dah lama tak masak untuk awak kan? saya teringin nak masak untuk awak. Maybe dengan air tangan saya, selera awak datang balik kan. Tapi tulah, saya ni masak tak pandai sangat. Nak kena tgk resepi dan cara2 mcm mana nak buat menu tu menu ni. Last2 lambat siap makanan tu. Memandangkan sekarang ni awak cepat lapar, saya nak masak pun rasa kesian nak biar awak lapar lama2. So saya beli jelah senang. Tu pun awak susah nak decide nak makan apa yg kena dgn selera awak kan. huhuhu.

Esok pagi, saya harap saya boleh bangun seawal mungkin untuk beli breakfast utk awak dan Raesha. Awak teringin nak makan nasi lemak bungkus kecik tu kan? dah 3 kedai Anis Sup Utara saya cari tapi takde. huhuhu. Harap2 esok pagi saya boleh jumpa dgn nasi lemak tu. Japgi nak google lah mana nak cari nasi lemak bungkus yg sedap kat Shah Alam. hihihi. Rasanya tu je kot sedikit sebanyak yang boleh saya tolong untuk meringankan keje2 awak. Kalau boleh Raesha pun saya nak mandikan bila dia bangun. Tapi setiap kali saya gi keje, mesti dia tak bgn lagi. huhuhu. Kalau tak boleh mandikan dia sekali.

So tu jelah nota saya untuk awak. Saya harap masa awak baca nota ni, saya dah pegi dah...pegi keje lahhh. gi mana lagiii :p kalau tak, tak syiokkk laaa. ekekeke.

Semoga awak lalui hari2 pregnant ni dengan rasa happy, fun, enjoy dan sentiasa sabar dgn ujian ni. I know u are a great Bonda! :D

Yang benar,

Suami mu G-Dragon a.k.a Anan Adli

4 comments:




  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();