Wednesday, April 13, 2011

Bercinta selepas kawen =)

Salam semua. Ni 1st blog sy lepas bergelar seorang suami =). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Berkat doa semua, kami akhirnya menjadi suami isteri. Terima kasih semua. Sekejap je masa berjalan. Rasa mcm baru je minggu lepas akad nikah. Rupa2nya dah sebulan kami kawen. hehehe. Sebelum ni bercinta sebelum kahwin. Sekarang masanya utk bercinta lepas kawen pulak =) beza dia mmg ade la kan. Dulu masa bercinta sebelum kawen, kita kena jaga batasan. Skang ni dah duk satu rumah. Memang seronok. Semua kita buat sama2. Kalau tak percaya cepat2 la kawen bg yg belum berkahwin. hehehe.

Lepas kenduri side Shah Alam (26/3/2011) yang lalu, kami dah berpindah and duduk berdua di Apartment Brunsfield kat Shah Alam. Actually tu rumah Papa and Mama. Cuma sekarang ni kami sewa kat diorang dulu. Harga anak2 la. hahaha. Maklumlah nak beli rumah baru2 kawen ni susah sikit. Masa nak kawen dulu byk duit dah pakai utk kenduri. So sementara ni kami sewa dulu kat parents.Terima kasih yg tak terhingga kepada Papa dan Mama yg bagi kami sewa kejap kat umah ni =)

Biasalah baru2 kawen ni rumah masih lagi kosong. Perabot pun takde lagi. Cuma dalam bilik tidur je yang ada. huhuhu. Tapi skang ni kami sikit2 beli barang rumah. Mana yang penting and mampu kita beli,kita dahulukan. Alhamdulillah skang ni barang2 dapur dah kira complete. Tu yang penting sebenarnya. Sebab nk masak sume kene ada benda2 tu. huhuhu

Sekarang ni balik keje je kami masak. Tukang masak nya of course la elin kan. Sy ni chef's assistant je. Tolong potong2 sayur and basuh pinggan. Seronok sangat buat keje ni same2. Kene start dari awal perkahwinan. Lama2 kita akan biasa buat keje dapur sama2. Kalau elin tak sempat beli barang dapur, dia akan sms sy list2 barang dapur yg nk beli. So lepas balik keje sy akan singgah Giant atau Tesco utk beli barang. Balik rumah kami masak sama2 =)

Dulu solat sorang2. Skang ni solat berdua. Lain sangat feeling dia. Mmg terasa tanggung jawab tu. Abis solat kami akan bersalaman. Bila dah kawen ni masing2 saling igt mengingati. Kalau sy terleka,elin akan tegur sy utk solat. Begitulah sebaliknya =)

Mesin basuh takde lagi. So skang ni kami basuh pakai tangan je dulu. Kadang2 elin basuh,kadang2 sy basuh. Bila buat keje ni sama2, kita akan appreciate pasangan kita lebih. Dan secara langsung nya sayang tu bertambah kuat. Sebab kita support each other =). Itu yang membuatkan rumah tangga bertambah bahagia. Kesian la kan kalau isteri je yang buat keje atau suami je yg buat keje. Dua2 mesti support each other. Apa yg penting,kerjasama =)

Love,
- Anan Adli -

5 comments:

  1. tahniah bro.
    tak sabar rasa nk kawen ni.. *gatai

    ReplyDelete
  2. macek elin sy mmg power! serba boleh. sy sgt adore dia! auwwww. cpt2 bg sy ank sdre taw. ;)

    ReplyDelete
  3. rara : heee..tenkiu!haa cepat2 la kawen =)

    azrynn : hehehe.ni anak sedara elin ke?insyaallah kalau ada rezeki ade la anak sedare awak nanti.huhu

    ReplyDelete
  4. soo sweett...=))
    xsaba plak ase nk kwen ni..
    btw,,congratz..

    ReplyDelete

nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();