Wednesday, September 14, 2011

my 5 month belly


it's amazing when we could possibly be in love with someone that we haven't met yet <3

.redzlin hasyim.

Tuesday, September 13, 2011

solat duduk untuk wanita hamil


Saya tak biasa melakukan solat secara duduk & risau kalau-kalau ibadah yang dilakukan tidak betul / tidak diterima Allah. Tapi lately, dah mula rasa senak especially waktu sujud, dan memang mengah lepas bangun dari sujud. Hari ni sepanjang hari buat research sambil menimba ilmu tentang solat duduk untuk wanita hamil. Ada artikel yang saya baca, seawal usia kandungan 7 bulan pun kita dah boleh mengerjakan solat secara duduk (bergantung kepada keadaan ibu mengandung) kerana keadaan fizikal diri seperti kaki yang sembab (susah untuk duduk antara 2 sujud / tahiyat), pening dan tak boleh berdiri lama, serta keadaan perut yang membesar membuatkan kita susah untuk bangun, duduk dan macam-macam lagi.

Walaupun kandungan saya baru masuk 5 bulan, tapi dah mula rasa simptom2 ni. Mungkin faktor ketinggian saya yg agak bonzai ni. Buat masa sekarang, Alhamdulilah saya masih mampu bersolat seperti biasa, cuma rasa senak sikit. Tapi manalah tahu, esok lusa tiba-tiba kena solat duduk kan. Kena buat persediaan awal, risau nanti gelabah dek ilmu yang cetek, merana diri. Buat ibu-ibu mengandung, jangan ragu-ragu untuk solat dalam keadaan duduk, Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersusah-susah (menyakitkan diri) dalam beribadah. So ada kelonggaran buat orang-orang yang tertentu dalam melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solat. =)

p/s : Entri kali ni saja nak berkongsi info, dari saya yang cetek ilmunya. Kalau ada yang cacat cela, harap sudi menegur. =)



.redzlin hasyim.

Friday, August 26, 2011

4 months plus

Hari ni rasa macam rama-rama terbang dalam perut. Nampak perut denyut2. Heeeeeeeeeeeeeee geli. =D
Anak Bonda menari ya.... =')




.redzlin hasyim.

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri 1432H =)

Selamat Hari Raya buat keluarga, sanak saudara, kawan-kawan mahupun lawan-lawan.
Dengan rasa rendah hatinya, saya mohon ampun dan maaf untuk setiap khilaf yg mengguris hati kalian. Sesungguhnya tak pernah tergamak untuk melakukan dengan sengaja.
Lots of love from me, Anan Adli dan isteri Redzlin Hasyim. =)

p/s : Saya tak tag sape2 tau, tapi kad raya senget ni untuk kamu semua! ♥
 

Tuesday, August 2, 2011

Sweet surprise


Semalam, lepas selesai buka puasa, suami saya Anan Adli dah bersiap sedia nak solat Maghrib, saya pun cepat2 ambil wudhu dan kami solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, saya terus terbaring keletihan di ruang tamu, Anan Adli yg kemas sejadah bawak masuk ke dalam bilik. Sambil berehat, saya capai handphone. Eh? Apsal blank je ni? Haihh…sejak akhir2 ni handphone saya selalu jatuh sakit. Selalu shut down tiba-tiba. Lepas saya ON semula handphone, tiba2 ‘No simcard’ pulakkkk. Aduhai sejak bila pulak ada penyakit baru ni. Saya pun panggil suami yg masih lagi dalam bilik, dari tadi tak keluar2. “Babyyyyy, handphone saya ni tak detect simcard pulakkkkk”.  


Tiba-tiba bunyi deringan yg asing sama sekali. Eh bunyi apa? Interkom ke? Tapi apsal rasa macam kat tepi telinga je ni? Macam dari dalam handbag. Saya selongkar handbag saya, “Aaaaaaaaaaaaa ada handphone warna pinkkkkk!” Hah, aku terambik handphone org ke masa kat bazaar tadi??? Okey merepek. -_-'  


Terus saya capai handphone yang masih berdering tu, dan berlari masuk bilik, kelihatan Anan Adli sedang tersenyum. Yeeeeee dia pun handphone baru jugak! Hahahaha.. Rupa-rupanya dia tukar simcard dan letak handphone tu dalam handbag saya sewaktu saya ambil wudhu tadi. =')  


We know gadgets are fun, but we just don't get so into it. Tak macam org lain yg bertukar handphone canggih2 setiap masa. Our previous handphone pun, dah guna 5-6 tahun, tak tukar-tukar dan takde plan pun nak tukar. Kami betul2 guna sampai handphone tu betul-betul nazak, hahaha kejam kan. =p Untuk suami saya Anan Adli, terima kasih. Susah2 je Baby ni. Anyway, thanks for the sweet surprise. I love you favourite man. =)



.redzlin hasyim.

Wednesday, May 4, 2011

cinta sempurna


Entri pertama selepas hampir 2 bulan saya menjadi seorang isteri. Nak kata busy, takde lah sangat pun. Mungkin faktor kesihatan. Kerap sangat jatuh sakit. Mungkin mental dan fizikal mengalami kejutan perubahan hormon, hehe.

Alhamdulilah, syukur kepada yang Esa, di atas limpah kurniaNya yang indah, saya diberi peluang memiliki apa yang saya peroleh sekarang. Keluarga yang penuh dgn kasih sayang, teman-teman yang sentiasa memberi sokongan, serta suami yang baik hati, molek budi pekerti serta kacak bergaya walaupun belum mandi. =)

Hidup berdua banyak bezanya. Katil berkongsi, berebut selimut, lawan pegang remote, dan yang paling best bila berdebat siapa yang kena tutup lampu bilik bila masing2 sudah selesa baring di atas katil. Buat masa sekarang, peratus kemenangan berpihak kepada saya, hihihi.

Tapi bila berkait dengan hati, emosi dan perasaan, memang cabaran besar dalam hidup berdua. Lebih rapat kita dengan si dia, lebih cuba mengenalinya dengan lebih mendalam, kadang-kadang  semakin banyak yang kita tak faham. Kenapa begitu, kenapa begini.

Walaupun begitu, saya sentiasa mahu mengenali dia, takkan pernah jemu, takkan pernah jelik. Saya sentiasa ingin memenangi hati dia, usaha sehabis mungkin memujuk bila dia merajuk, dan akan selalu meyakinkan dia bahawa cinta saya buat dia sentiasa hebat, sehangat saat saya melihat dia dulu buat pertama kali. Insya Allah.

Kita tahu tiada yang sempurna, melainkan Allah SWT. Tapi amanah kita, maka kitalah yang harus menyempurnakan apa yang kurang. Sesungguhnya yang tidak sempurna itu, ada kesempurnaannya.

.redzlin hasyim.

gambar lama yang menjadi kegemaran sepanjang zaman =)

Wednesday, April 13, 2011

Bercinta selepas kawen =)

Salam semua. Ni 1st blog sy lepas bergelar seorang suami =). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Berkat doa semua, kami akhirnya menjadi suami isteri. Terima kasih semua. Sekejap je masa berjalan. Rasa mcm baru je minggu lepas akad nikah. Rupa2nya dah sebulan kami kawen. hehehe. Sebelum ni bercinta sebelum kahwin. Sekarang masanya utk bercinta lepas kawen pulak =) beza dia mmg ade la kan. Dulu masa bercinta sebelum kawen, kita kena jaga batasan. Skang ni dah duk satu rumah. Memang seronok. Semua kita buat sama2. Kalau tak percaya cepat2 la kawen bg yg belum berkahwin. hehehe.

Lepas kenduri side Shah Alam (26/3/2011) yang lalu, kami dah berpindah and duduk berdua di Apartment Brunsfield kat Shah Alam. Actually tu rumah Papa and Mama. Cuma sekarang ni kami sewa kat diorang dulu. Harga anak2 la. hahaha. Maklumlah nak beli rumah baru2 kawen ni susah sikit. Masa nak kawen dulu byk duit dah pakai utk kenduri. So sementara ni kami sewa dulu kat parents.Terima kasih yg tak terhingga kepada Papa dan Mama yg bagi kami sewa kejap kat umah ni =)

Biasalah baru2 kawen ni rumah masih lagi kosong. Perabot pun takde lagi. Cuma dalam bilik tidur je yang ada. huhuhu. Tapi skang ni kami sikit2 beli barang rumah. Mana yang penting and mampu kita beli,kita dahulukan. Alhamdulillah skang ni barang2 dapur dah kira complete. Tu yang penting sebenarnya. Sebab nk masak sume kene ada benda2 tu. huhuhu

Sekarang ni balik keje je kami masak. Tukang masak nya of course la elin kan. Sy ni chef's assistant je. Tolong potong2 sayur and basuh pinggan. Seronok sangat buat keje ni same2. Kene start dari awal perkahwinan. Lama2 kita akan biasa buat keje dapur sama2. Kalau elin tak sempat beli barang dapur, dia akan sms sy list2 barang dapur yg nk beli. So lepas balik keje sy akan singgah Giant atau Tesco utk beli barang. Balik rumah kami masak sama2 =)

Dulu solat sorang2. Skang ni solat berdua. Lain sangat feeling dia. Mmg terasa tanggung jawab tu. Abis solat kami akan bersalaman. Bila dah kawen ni masing2 saling igt mengingati. Kalau sy terleka,elin akan tegur sy utk solat. Begitulah sebaliknya =)

Mesin basuh takde lagi. So skang ni kami basuh pakai tangan je dulu. Kadang2 elin basuh,kadang2 sy basuh. Bila buat keje ni sama2, kita akan appreciate pasangan kita lebih. Dan secara langsung nya sayang tu bertambah kuat. Sebab kita support each other =). Itu yang membuatkan rumah tangga bertambah bahagia. Kesian la kan kalau isteri je yang buat keje atau suami je yg buat keje. Dua2 mesti support each other. Apa yg penting,kerjasama =)

Love,
- Anan Adli -
nuffnang_bid = "92f7b9c009987a14ca60af74d11f5da6"; document.write("
"); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/survey/pollwidget.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();