14 January 2012. Satu lagi tarikh yg bakal diingati sepanjang hidup saya. Hari saya bertarung nyawa, hari saya melahirkan satu nyawa dan hari saya rasa amat bahagia. =’)
Teringin nak berkongsi pengalaman 14 January ni dengan semua. Pagi tu, saya sakit perut dan cirit-birit. Nak kata silap makan, hubby okey je pulak, kami makan benda yg sama kan. Kebetulan hari tu memang ada check up, so kami pun terus la siap2 nak pegi hospital. Masa tengah mekap2 tu (sempat lagi), saya pun berangan2 la nak pegi shopping, padahal tak tau pun nak beli apa, sbb macam dah complete je semua brg2. Sambil mekap tu, kemain lagi perah otak, apa aku nak bagi alasan nak pegi shopping mall ni. Dan ternyata sungguh geliga otak saya kalau bab nak shopping ni, selipar takde lagi! =p Bagitau kat hubby, lepas check up kita pegi beli selipar boleh? Saya takde selipar, semua pumps n flats je (bagi kauuuu). Hubby mengiyakan saja, tapi dalam hati dia tiada siapa yg tahu, nyiahahaha =p
Pukul 12tghari kami sampai hospital. Bagitau kat doc pasal cirit birit tu. Lepas tu doc cakap, ada jugak org yg tanda2 nak bersalin dia cirit birit, tapi rarely lah. Saya sentap sekejap. Doc suruh baring, dia nak check. Dan sesungguhnya ketaq lutut ni bila doc cakap, ehhh dah bukak 3cm dah ni. Saya pandang hubby, hubby pandang saya. Ok nak pengsan! Seriously, saya langsung tak rasa apa2. Sakit2 pun takde, cirit birit tu pun takde rasa sakit pun kat perut, biasa2 je. Doc pun terus check contraction saya. Rupa2nya dah selang 5 minit. Aiii…macam mana rasa contraction ni sebenarnya? Tak rasa apa2 pun ni?
-__-‘
Dan saya pun terus kena tahan ward. Oleh itu, terkubur lah niat nak beli selipar tu, hehehe. Hubby call Mama, Abah, Mama Ana n Papa. Mama n Abah pun kelam kabut la packing brg2 semua, siap2 nak gerak ke Shah Alam dari Ipoh. Tapi kelam-kelam pun pukul 2 dah sampai Shah Alam dahhhh, hahaha. Tapi saya tak sempat nak sambut diaorg sampai, nurse dah datang suruh masuk labour room. Masa tu, masih jugak belum rasa apa2. Boleh lek-lek posing tangkap gambar dgn hubby. =p
Kat labour room, saya baring je sambil tengok tv. Nurse datang check, contraction makin kerap. Saya masih lagi rasa biasa2 je. Mungkin sakit tu saya boleh tahan kot, so tak dapat rasa betul2 sakit contraction tu. Sampailah pukul 4.30ptg. Dah mula rasa sakit. Hubby pegi solat Asar. So Mama dan Mama Ana silih berganti masuk labour room, teman saya dan bagi semangat. Masa tu air mata dah mula mengalir. Tak tahu lah menangis sebab sakit atau menangis sebab insaf. Rasanya dua-dua. Macam2 dalam fikiran. Bibir pun tak putus2 mengucap, selawat dan baca doa Nabi Yunus. Masa Mama pegang dan peluk cium saya, dah mula rasa sebak. Saya mintak Abah masuk sekali, tapi Mama pegi tanya nurse, nurse cakap ibu je yg boleh masuk. ='(
Sakit makin terasa, Mama terus bagitau nurse, nurse check dah bukak 9cm, contraction makin kerap. Mama terus panggil hubby masuk labour room. Waktunya telah tiba, doc pun dah masuk. Hubby tak putus2 baca ayat suci di cuping telinga. Saya dah mula tak duduk senang, serba serbi tak kena. Apa lagi, pakat2 dok suruh push. Saya push, doc marah dia cakap push apa macam tu, macam senyum nak posing jeee. Thanks la doktor! Hahahahaampesss.
Tak sampai setengah jam, tepat 7.14 petang, saya selamat melahirkan seorang puteri. Sepanjang proses meneran saya langsung tak menangis, sehinggalah saya dengar tangisan dan nurse dukung tubuh kecil itu menghampiri saya, terus saya sebak. Dan-dan lah saya menangis kuat macam sakit pulak, hohoho ko dah kenape elinnnnn. Kucupan pertama hinggap di dahi dia, sempat saya ucap kalimah Alhamdulilah, moga2 dia dengar dan menjadi manusia yg selalu bersyukur. Amin.
Kedengaran azan masuknya waktu Maghrib dari masjid berdekatan. Tak lama selepas tu, azan berkumandang sekali lagi, kali ini laungan dari suami saya. Pertama kali azan sambil memangku anak, pastinya pengalaman paling indah buat dia. =) Pandai suami azan, sedap, kata doktor sambil menjahit, hehehe. Time tu saya dah tak rasa apa dah, jahit la dgn jarum besar gajah pun doktor, rasa lega dan syukur mengatasi apa saja ketika itu. Alhamdulilah.
Selesai semua, saya dibawa keluar dari labour room. Masuk je bilik wad, kelihatan wajah2 kesayangan yg sabar menanti entah dari jam berapa, tapi yg pastinya cukup untuk buat punggung kematu, hehehe. Lagi satu penyebab, hilangnya semua kesakitan yg dirasa tadi. =)
Tiga jam sakit bersalin, saya anggap Allah permudahkan perjalanan saya. Kesakitan yg saya mampu lalui. Kesakitan yg buat saya insaf. Kesakitan yg tak akan serik untuk saya tempuhi lagi. Sesungguhnya kelahiran Chempaka Raesha buat saya lebih sedar bahawa jasa Mama dan Abah takkan mampu dibalas dan kasih syg mereka tiada tandingannya. *nak nangehhhhhh*.
redzlin hasyim.
Antara orang-orang kuat dlm hidup saya (some are not in the picture, but always hold a place in my heart)